Isnin, 20 Jun 2011

Soalan (Bocor) Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) JPA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terima kasih kepada sume yg bertanya tentang soalan temuduga ni... blog ni ada masa pasang surut dia.. satu time nak buat proposal ngan submit application.. pastu time nak menghadapi temuduga hehe..  Lama dah tak update blog. Mcm2 nak buat time ni hehe.. tapi sebab dah janji saya muatkan juga entri ni...

Masa saya temuduga dulu, purata setiap sorang ditemuduga dalam setengah jam. Saya tak disoal byk sgt kut sebab tak berhenti bercakap. Interviewer kena mencelah baru boleh soal. Tu strategi tu.. supaya tak ditanya macam2.. klu jawab sepatah je byk le soklan kan hehe...

Saya ditanya soklan2 standard yg saya dah jangka mcm kenapa minta oversea, kenapa tak minta local uni... selebihnya pertanyaan tersebut lebih kepada proposal yg kita buat. Sebab dia takde masa nak baca proposal kita. Masa kita masuk bilik temuduga tu masa tu la dia baru nak belek proposal kita sambil menyoal.. so we must be well-versed dgn tajuk proposal supaya boleh yakinkan dia apa sebenarnya yg kita nak buat & hasil yg kita ingin capai dari paper/coursework tu.. Di sini saya compile satu dua soklan hasil pengalaman kawan2 lain sebagai panduan.

1. Kenapa memohon/memilih universiti/kursus tersebut
2. Apa sumbangan yg boleh berikan kpd perkhidmatan awam setelah tamat belajar nanti melalui tajuk kajian yg dicadangkan ini
3. Kenapa tidak memilih utk buat research?
4. Di mana kesarjanaannya dgn memilih utk buat coursework -? bukankah menghadiri kelas & ambil exam sama sahaja spt buat degree...
5. Apa keistimewaan awak berbanding dengan org lain?
6. Kenapa perlu anugerahkan HLP ini kepada awak?

haha tu dia jawab sendiri ;-) Kalau ada input lagi nanti saya kemaskini. Jgn risau sgt la. Tawakkal & all the best in your interview ya!