Isnin, 21 Februari 2011

Panduan Menulis Proposal Hadiah Latihan Persekutuan

LAMPIRAN A (i): "PANDUAN MENULIS RANCANGAN PENGAJIAN UNTUK PROGRAM IJAZAH TINGGI BAGI PERKHIDMATAN GUNASAMA UNTUK PERMOHONAN HLP SESI PENGAJIAN 2011"

"Guideline to Writing Research Proposal/Statement of Purpose for Ph.D/Masters Programme"

1) Panduan menulis cadangan penyelidikan (Ph.D dan mod pengajian - Penyelidikan Penuh)
Guideline to writing research proposal (Ph.D and mode of study - Full Research)

Pemohon dikehendaki mengemukakan satu kenyataan berkaitan cadangan penyelidikan (calon PhD dan calon Sarjana secara Penyelidikan Penuh) Kenyataan haruslah mengandungi elemen berikut: 
Applicants are required to submit either a research proposal (Ph.D & Masters by full research). The statement should comprise the following elements:

  • Bidang penyelidikan (Sila letakkan di penjuru atas kanan muka depan kertas)
    Field of Research  
  • Cadangan Penyelidikan
    Research Proposal
  • Latarbelakang atau kajian perpustakaan ringkas mengenai bidang kajian
    Background or a brief literature review on the research topic
  • Rangka kajian
    Theoretical Framework
  • Objektif Kajian
    Objective of study

    Jelaskan apakah objektif yang mendorong tajuk ini dikaji
    Explain the objective(s) that influence the research
  • Metodologi kajian
    Methodological Research

    Jelaskan metod-metod yang akan digunakan dalam membuat kajian seperti perpustakaan, kerja makmal, kajian luar, dokumentari, persejarahan, wawancara/soal selidik, penafsiran dan analisis, dan lainnya
    Explain the methods used in the research such as library research, lab work, field work, historical documentary, interview, survey, evaluation and analysis, etc.
  • Rangka Jadual Kerja
    Work schedule
  • Bibliografi ringkas
    Brief Bibliography
Cadangan penyelidikan ini hendaklah tidak kurang daripada 10 muka surat (Ph.D) dan 5 muka surat (Sarjana) ditulis dalam Bahasa Inggeris (pengajian di Luar Negara) dan Bahasa Malaysia (pengajian di Dalam Negara).
The research proposal should not be less than 10 pages (Ph.D) or 5 pages (Masters), written in English (Overseas Studies) and Bahasa Malaysia (Local Studies).

2) Panduan menulis cadangan pelan pengajian (mod pengajian - kerja kursus) Guideline to writing research proposal (mode of study - coursework)

Pemohon dikehendaki mengemukakan satu kenyataan berkaitan dengan pelan pengajian. Kenyataan haruslah mengandungi elemen-elemen berikut:
Applicants are required to submit a statement of purpose with study plan. The statement should comprise the following elements:  
  • Bidang kursus (Sila letakkan di penjuru atas kanan muka depan kertas)                 Coursework
  • Tajuk Kerja Kursus
    Topic of coursework 
  • Pelan Pengajian 
    Study Plan
  • Potensi kepentingan Kerja Kursus kepada Perkhidmatan Awam 
    Potential Interest of coursework towards Public Service
     
Cadangan pelan pengajian ini hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 3 mukasurat serta ditulis dalam Bahasa Inggeris (pengajian di Luar Negara) dan Bahasa Malaysia (pengajian di Dalam Negara).
The research proposal should not be less than 3 pages, written in English (Overseas Studies) and Bahasa Malaysia (Local Studies).

Source: www.jpa.gov.my

Ahad, 20 Februari 2011

Syarat-syarat Permohonan HLP JPA

LAMPIRAN A: TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN GUNASAMA UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN  (Ph.D) 2011 


Pegawai Perkhidmatan Gunasama bermaksud pegawai yang Ketua Perkhidmatannya adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Skim perkhidmatan yang terlibat ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Latihan Vokasional dan Pegawai Psikologi.

1. Syarat umum

Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

2. Syarat Khusus

(i)   Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2010;
(ii)  Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya 1 Januari 2007) pada tarikh tutup permohonan;
(iii) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
(iv) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan pencapaian CGPA minimum 3.0 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat Sarjana dan kelulusan Ijazah Sarjana untuk mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran (PhD);
(v) Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005;
(vi) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2006, 2007 & 2008 atau 2007, 2008 & 2009). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan; 
(vii) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
(viii) Telah mengisytiharkan harta;
(ix) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA; dan
(x) Menyediakan Kertas Cadangan Pengajian mengikut panduan di Lampiran A(i) dengan Pilihan Bidang Pengkhususan di Lampiran 1.

Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian Di Luar Negara
(xi) Telah lulus ujian Bahasa Inggeris skor minimum sama ada TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau IELTS 6.5 semasa mengemukakan permohonan. Walaubagaimanapun, bagi calon yang sedang/akan menduduki ujian ini, semua slip keputusan perlu dikemukakan semasa menghadiri temuduga. 

Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti di luar negara (termasuk negara-negara bukan berbahasa Inggeris). Hanya ujian Bahasa Inggeris yang diambil pada atau selepas 30 Jun 2008 sahaja diambilkira bagi tujuan ini;

*(xii) Menerima tawaran tempat pengajian di universiti-universiti terkemuka seperti di Lampiran 2 dan 2(a) dalam pelbagai bidang pengkhususan (Rujuk Lampiran 1);
*(xiii) Telah lulus Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara; dan
*(xiv) Pegawai dan ahli keluarga bebas daripada sebarang penyakit kronik.

*Sebarang rayuan untuk melonggarkan syarat-syarat di atas tidak akan dilayan oleh Jabatan ini. Walau bagaimanapun, calon boleh mendapatkan tempat pengajian dan mengikuti Kursus Khas Kenegaraan setelah berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan.

3. Kemudahan

Pegawai-pegawai yang berjaya dipilih akan ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh. 

4. Ikatan Perjanjian Dengan Kerajaan

Pegawai-pegawai yang berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan.

5.  Tatacara Permohonan

5.1 Pegawai Perkhidmatan Gunasama Yang Bukan Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

(a) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 5 April 2010 sehingga 5 Mei 2010.

(b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

(i) Salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/CGPA atau kelulusan yang setaraf dengannya;
(ii) Salinan Ijazah Sarjana lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/CGPA atau kelulusan yang setaraf dengannya (sekiranya ada);
(iii) Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkeluarga);
(iv) Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) (dalam Bahasa Malaysia untuk pengajian Dalam Negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di Luar Negara);
(v)   Salinan slip keputusan TOEFL atau IELTS (bagi permohonan pengajian di Luar Negara);
(vi)  Borang Perakuan Ketua Jabatan (diisi oleh Ketua Jabatan);
(vii) Borang JPA(L) LDP 1A/96 (diisi oleh Ketua Jabatan); dan
(viii)Salinan Surat Akuan Doktor oleh Pegawai Perubatan & Kesihatan berdaftar sekiranya pegawai atau ahli keluarga menghidap penyakit kronik.

(c) Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh pegawai Kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.

(d) Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan. 

5.2 Pegawai Perkhidmatan Gunasama Yang Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Pegawai-pegawai yang berminat diwajibkan memohon melalui 2 kaedah berikut:

1) Aplikasi HRMIS - Aplikasi HRMIS boleh dicapai di www.eghrmis.gov.my (di bawah modul Pembangunan - sila klik Program Pengajian). Panduan dan tatacara permohonan boleh dimuat turun di laman web HRMIS.

2) Perkhidmatan Dalam Talian - Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my.


Source: www.jpa.gov.my

Ada Apa Tentang HLP

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia! (typical greeting dlm email gomen hehe..)

Terima kasih kerana melawat laman blog saya. This is my first attempt at blogging hehe.. so masih dalam proses pembelajaran untuk mahirkan diri. And also do mind my language -> maaf bahasa agak tunggang langgang sebab saya menulis campur aduk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. But i'm sure many of us Malaysians tend to speak that way kan :-D Apa yang lebih penting adalah mesej kita sampai dan ikhlas menulis apa yang datang dari hati kan ;-)

Anyway, this page is dedicated to share my journey with you guys on my experience in applying for Hadiah Latihan Persekutuan JPA 2011. Semestinya apa yg kita nak tulis tu tentulah something that we are passionate about. Sejak saya mula menyertai perkhidmatan kerajaan pada bulan Disember tahun 2005, saya sudah pun bertekad untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan JPA ni. Tapi itu bukan la tujuan kenapa nak masuk gomen. Cuma peluang yang ada tu kita cuba la ambil kan.

Daripada pengalaman saya membuat permohonan untuk meneruskan pengajian dengan pembiayaan HLP ni, ada la sedikit persiapan yang perlu kita buat seperti penyediaan proposal, mengambil ujian IELTS (bagi yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negeri), membuat pemilihan universiti dan sebagainya. I feel i have lots to share but i'm not quite sure where to start. Need to organize my thoughts tapi tak kesah la. Ada pelbagai aspek yang boleh dikongsikan bersama seperti syarat-syarat permohonan, persediaan sebelum memohon, menghadapi temuduga etc.

Currently I am still working with the government. InsyaAllah jika tiada aral melintang, saya akan melanjutkan pelajaran pada bulan September 2011. Apa yang ingin saya kongsikan di sini merupakan pengalaman saya dari mula membuat permohonan, menghadapi temuduga dan juga kalau boleh berterusan hingga saya telah menamatkan pelajaran. I feel there are not enough resources on-line. So i hope to share with you whatever necessary to fulfill our dreams of continuing our studies.

Which comes to my next point. So how did you guys stumble upon my blog? I'm sure most of you are civil servants too looking for some guide or just by chance happen to find my page hehe.. Whatever the reason, i hope you can share with me your experiences too (networking tu penting k) or if there are any questions I shall try my best to answer them.

Thank you and I look forward to your response and suggestions/recommendations.

Peace,

Juliana

~Cyberjaya~