Rabu, 27 April 2011

Ringkasan Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2012

Tawaran HLP Bagi Pegawai Perkhidmatan Gunasama Sarjana & PhD Sesi 2012
Pemohon yang dicalonkan oleh Ketua Jabatan wajib menjalani Ujian Psikometrik secara online. Time saya apply dulu takde lak. Maka dengan itu tak dapek la den nak nolong ye... Klu sesiapa yg dah amik test ni nanti buleh la kot share-share tips ;-)

Ahad, 24 April 2011

Contoh/Template Proposal Hadiah Latihan Persekutuan aka HLP

Berikut dilampirkan contoh atau template proposal Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) JPA yang saya submit bagi permohonan tahun 2011. Saya telah memohon untuk pengajian luar negara so saya kena buat dalam Bahasa Inggeris and vice versa lah. Kalau untuk permohonan universiti di dalam negara perlu hantar proposal dalam Bahasa Melayu.

Merujuk kepada panduan yang saya lampirkan dalam post terdahulu, untuk mod pengajian Penyelidikan Penuh, cadangan penyelidikan hendaklah tidak kurang daripada 10 mukasurat bagi peringkat PhD dan 5 mukasurat bagi peringkat Sarjana. Bagi yang memilih mod pengajian kerja kursus pula cuma perlu hantar sekurang-kurangnya 3 muka surat.


Bagi saya sendiri, saya telah memilih coursework (kerja kursus) & saya combine format bagi kedua-dua research & coursework sebab kursus yang saya pilih perlu sediakan dissertation juga. Antara kandungannya berbentuk begini:

1.0            INTRODUCTION (PENGENALAN)
2.0            FIELD OF COURSEWORK (BIDANG)
3.0            TOPIC OF COURSEWORK (TAJUK)
4.0            BACKGROUND OF COURSEWORK (LATAR BELAKANG)
5.0            OBJECTIVES OF COURSEWORK (MATLAMAT/OBJEKTIF)
6.0            METHODOLOGY (KAEDAH/METODOLOGI)
7.0            STUDY PLAN (PELAN PENGAJIAN)
8.0            POTENTIAL INTEREST OF COURSEWORK TOWARDS PUBLIC SERVICE (POTENSI KEPENTINGAN)

Terpulang la. Melihat daripada 'success story' kawan2 lain yang berjaya dianugerahkan HLP ni, sebenarnya proposal ni sebahagian daripada usaha kita je. Selebihnya doa & tawakal je la sebab nak dapat ke idak tu rezeki masing2 kan. Sounded a little bit cliche kan but in my opinion itulah hakikatnya. So jgn risau sangat pasal proposal ni. Follow your heart & start writing because the next challenge is the interview!

Last but not least, good luck kepada semua yang sedang memohon Hadiah Latihan Persekutuan JPA bagi 2012 ni ya :D

Sabtu, 23 April 2011

Pre-Conditioning Permohonan HLP JPA 2012

PERMOHONAN KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI 2012 UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D)

1.  Permohonan adalah dipelawa daripada pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat dan layak untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di bawah Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2012.

2. Pelawaan ini tidak meliputi Kementerian/Jabatan/Agensi yang mempunyai peruntukan untuk mengendalikan kursus Pasca Ijazah atau agensi yang mempunyai badan penaja yang lain. Antara Kementerian/Jabatan/Agensi yang dimaksudkan ialah Kementerian Pelajaran Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan), Kementerian Pertahanan Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia), Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi Pegawai Bukan Gunasama & Pegawai Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (bagi Pensyarah Universiti & Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi) dan Agensi/Badan Berkanun yang telah diswastakan /dikorporatkan/ diasingkan sistem saraannya.

3. Syarat Umum

Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
4. Syarat Khusus
(i)  Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2012;
(ii)  Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya 1 Januari 2008) pada tarikh tutup permohonan;
(iii)  Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan ;
(iv)  Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut- turut (2007, 2008 & 2009 atau 2008, 2009 & 2010). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;

(v)   Memiliki syarat kelayakan akademik seperti berikut:-


Peringkat Pengajian
Kelulusan PNGK atau setaraf
Tempoh Minimum Pengalaman Bekerja di Peringkat P&P (dikira dari 1 Januari 2011)
Sarjana Muda
Sarjana
Sarjana
2.50 – 2.99
Tidak Berkaitan
5 tahun
3.00 dan ke atas
3 tahun
Ph.D
2.50 – 2.99
Lulus
5 tahun
3.00 dan ke atas
3 tahun


(vi)       Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka             panjang/pendek seperti berikut:-

Tempoh Kursus
Tempoh Menunggu
(dikira dari 1 Januari 2012)
Tempoh > 12 bulan
2 tahun
3 bulan < Tempoh < 12 bulan
1 tahun
Tempoh < 3 bulan
Tiada

(vii) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan        Mahkamah;
(viii) Telah mengisytiharkan harta; dan
(ix)  Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA.

           Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara
(x) Telah lulus ujian Bahasa Inggeris skor minimum sama ada TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau IELTS 6.5 semasa mengemukakan permohonan. Walaubagaimanapun, bagi calon yang sedang/akan menduduki ujian ini, semua slip keputusan perlu dikemukakan semasa menghadiri temuduga.

Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti di luar negara (termasuk negara-negara bukan berbahasa Inggeris). Hanya ujian Bahasa Inggeris yang diambil pada atau selepas 21 Mei 2009 sahaja diambilkira bagi tujuan ini;
*(xi) Menerima tawaran tempat pengajian di universiti-universiti terkemuka seperti di LAMPIRAN 1 dan LAMPIRAN 2 dalam pelbagai bidang pengkhususan. Calon-calon yang mendapat conditional offer daripada Harvard University, Massachusetts Institute of Technology (MIT), Oxford University dan Cambridge University dalam bidang-bidang spesifik mengikut kekuatan bidang dalam universiti berkenaan akan diberi keutamaan untuk mendapat untuk mendapat penajaan ke luar negara;
* (xii) Telah lulus Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara; dan
* (xiii) Pegawai dan ahli keluarga bebas daripada sebarang penyakit kronik.
* Sebarang rayuan untuk melonggarkan syarat-syarat di atas tidak akan dilayan oleh Jabatan ini. Walau bagaimanapun, calon boleh mendapatkan tempat pengajian dan mengikuti Kursus Khas Kenegaraan setelah berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan.

5. Kemudahan

Pegawai-pegawai yang berjaya dipilih akan ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan dengan kelulusan Cuti Belajar Bergaji Penuh.
 6.   Ikatan Perjanjian Dengan Kerajaan

Pegawai-pegawai yang berjaya dipilih akan ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan.
7.   Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my . Permohonan dibuka mulai 22 April 2011 sehingga 20 Mei 2011.
8. Pegawai-pegawai hendaklah sentiasa melayari portal http://www.jpa.gov.my/ atau http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2012.
9.   Sebarang pertanyaan mengenai program Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2012 boleh dibuat dengan menghubungi:

                        Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
                        Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
                        Bahagian Pembangunan Modal Insan
                        Aras 3, Blok C1, Kompleks C
                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                        62510 PUTRAJAYA
                        (u.p: Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan)
                        Telefon : 03-88853546
                        Faks : 03-88892171
                        Emel : ldp@jpa.gov.my