Rabu, 18 Mei 2011

Elaun & Kemudahan HLP 2011


Pada mulanya saya belum piker nak cerita pasal elaun ni sebab pada masa entri ni dibuat, saya pun belum dapat elaun2 ni lagi. Tapi tak kesah la. Ramai di antara u olls yang last2 minit ni sedang bertungkus-lumus nak siapkan proposal kan. Ada yg bgtau mcm give up nak apply sebab dah kesuntukan masa nak karang. Maka dengan itu, utk menaikkan semangat u olls supaya jangan putus asa, di sini saya senaraikan antara elaun yang terlibat. Ini bagi penerima HLP 2011. Mungkin tak sama bagi ex-HLP dahulu & akan datang. Barangkali MyDanisH boleh tambah ;-)

Bagi penerima tawaran luar & dalam negara memang berbeza la. Yang di luar negara ada elaun tambahan. Saya tak dapat nyatakan berapa amaunnya sebab berbeza mengikut negara. Di sini saya senaraikan secara ringkas sebagai panduan. Pekeliling yang berkenaan akan disertakan juga tapi kena semak dengan laman web JPA selalu jika ada yang lebih terkini @ dimansuhkan. Klu ada tambahan info saya akan update lagi dari masa ke semasa k

·       elaun sara hidup
·       yuran pengajian
·       elaun buku
·       elaun tesis
·       elaun alat perkakas
·       elaun latihan amali
·       elaun bantuan keluarga (EBK)
·       elaun bantuan sewa rumah (EBSR)
·       elaun penempatan
·       elaun akhir pengajian
·       elaun pakaian panas
·       tambang perjalanan
·       rawatan perubatan
·       skim insurans berkelompok

Kemudahan lain yang ditaja

·       bayaran permohonan ke universiti (maksimum 3 universiti)
·       bayaran paspot, visa & resident permit

Perbelanjaan yang tidak ditaja
·       bayaran penterjemahan dokumen
·       pengesahan dokumen
·       pemeriksaan kesihatan
·       bayaran pendaftaran IELTS/TOEFL/GRE/GMAT

Gaji & Emolumen (sila refer Pekeliling yg berkenaan utk lihat siapa yang terlibat)
·       menerima gaji penuh
·       Elaun Pemangkuan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2009)
·       Bantuan Sara Hidup [COLA] (Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2007)
·       Elaun Perumahan Wilayah (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001)
·       Bayaran Insentif Wilayah (BIW)
·       Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2007)
·       Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal bagi Pegawai yang Bertukar Wilayah (Pekeliling Perkhidmatan Bil.22 Tahun 2008)
·       pergerakan gaji (Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002)

Ingin saya tekankan di sini jika ada soklan berkenaan elaun2 ni better rujuk kepada pegawai yang berkenaan di JPA ye.. (bgtau siang-siang huhu..) Alternatively you can search at this link too http://www.eghrmis.gov.my/elaun_kemudahan/

Ahad, 15 Mei 2011

Google Blogger Glitches

Saya merasakan keperluan utk berkongsi maklumat tentang kehilangan data yang berlaku di antara 11 -13 Mei kerana ada komen-komen dari saudara/saudari yang hilang. Nanti u olls sangkakan i delete pulak kan.. Penjelasan spt di bawah. Tu je..


Update (5/14 5:37 PM PST): We're making progress restoring comments, some blogs with a lot of content are taking a little more time. Thanks for bearing with us.

Update (5/13 7:46PM PST): Nearly all posts since Wednesday are restored, now bringing back comments from last couple days. We expect the comments to be back this weekend or sooner.


What a frustrating day. We’re very sorry that you’ve been unable to publish to Blogger for the past 20.5 hours. We’re nearly back to normal — you can publish again, and in the coming hours posts and comments that were temporarily removed should be restored.  Thank you for your patience while we fix this situation.  We use Blogger for our own blogs, so we’ve also felt your pain.

Here’s what happened: during scheduled maintenance work Wednesday night, we experienced some data corruption that impacted Blogger’s behavior. Since then, bloggers and readers may have experienced a variety of anomalies including intermittent outages, disappearing posts, and arriving at unintended blogs or error pages. A small subset of Blogger users (we estimate 0.16%) may have encountered additional problems specific to their accounts. Yesterday we returned Blogger to a pre-maintenance state and placed the service in read-only mode while we worked on restoring all content: that’s why you haven’t been able to publish.  We rolled back to a version of Blogger as of Wednesday May 11th, so your posts since then were temporarily removed. Those are the posts that we’re in the progress of restoring.

Again, we are very sorry for the impact to our authors and readers.  We try hard to ensure Blogger is always available for you to share your thoughts and opinions with the world, and we’ll do our best to prevent this from happening again.

Posted by Eddie Kessler, Tech Lead/Manager, Blogger

Postgraduate Education Fair

Universiti Teknologi Malaysia hosts UTM Info Day running for 2 consecutive days (14-15 May 2011) at Dewan Besar UTM KL. You can meet with the university representatives & ask just about anything you need on application procedures, fees etc. I like to attend postgraduate fairs as we are able to find out more then what is provided in the university websites. One of the advantages is sometimes u can get processing fees waived! The course which i applied for does not require fees for submission but even so i did sign-up & had the pleasure of attending one or two British Education fairs.
What i like about these fairs is that they often conduct seminars inviting guests from the university as well as alumni groups giving talks on useful tips. Furthermore, u get goodie bag and free gifts from lucky draws (i'm a freebie junkie :D) I got an MPH gift voucher which expires this August. It's a good thing i'm writing about this as i had almost forgotten about it. Still have time to redeem phew! I would like to thank YOU for bringing up about not having the opportunity to visit the fairs. You know who you are ;-) I get ideas from you guys so keep those comments coming in ya :-)

Now i'm in the phase of packing my things bit by bit and i find it's time i put away all those prospectus & pamphlets which is taking up space off my drawers. But before i toss them away for recycle to the 'surat-khabar-lama guy' along with my used car battery, i would like to share some useful tips from the leaflets.
How To Choose A Course
·       determine your career path & what u enjoy doing
·       choose the subjects u wish to study
·       the type of qualification u will obtain upon completion of your course
·       evaluate your employment prospects upon graduation based on market trends
·       check to see if your chosen course is recognised in Malaysia
·       check whether there is a demand for your chosen course in Malaysia
·       duration of the programme
·       teaching methods - lectures, tutorials, seminars, practicals
·       assessment methods - exams, continued assessment, work placements, project work, essays or extended essays
·       opportunity for work experience

Selecting The Right Institution
·       recognition & standing of the qualification
·       reputation & standing of the institution & department
·       how much it will cost u in course fees & living costs
·       how the course is structured and assessed
·       academic & non-academic facilities offered by the institution - overall atmosphere
·       the size & mix of the student population  & student support facilities
·       whether the institution offer on-campus accommodation
·       location of institution - city or countryside
 So if you have the time, sign-up your email addresses for subscription at their websites so that you will be kept up-to-date on the current news & upcoming events :-)

Sabtu, 14 Mei 2011

Points to Ponder

Saya ada menerima pertanyaan mengenai study plan & sama ada perlu atau tidak dinyatakan nama universiti pada tajuk proposal kita. Contoh yang saya kemukakan (April 2011 "Contoh/Template Proposal Hadiah Latihan Persekutuan aka HLP") adalah sekadar cadangan sahaja sebab saya tgk ramai yang hantar dlm pelbagai format ikut citarasa masing-masing. Dah start kelas nanti kita sama-sama belajar k ;-) 
Pada hemat saya lebih baik dinyatakan walaupun kita belum memohon universiti tersebut. Kita boleh nyatakan secara spesifik kursus yg ditawarkan oleh universiti tersebut. Eg. Sesetengah universiti tawarkan Msc Bioinformatics dan universiti lain mungkin MSc Bioinformatics & System Biology. So dah boleh recce la agak2 nak mohon ke mana.
Dalam pelan pengajian boleh nyatakan tempoh pengajian, subjek apa yang ditawarkan, pilihan subjek (compulsory & optional), kalendar akademik (termasuk semester break, exam etc), supervisor (kalau dah ada utk buat research), kos etc. Terima kasih kepada Alia dari Serdang utk soalan tersebut :-)

Sukacita ingin saya kongsikan disini beberapa perkara mengenai tawaran sementara yang diberikan setelah berjaya di dalam temuduga kerana ada kaitan dengan perancangan sebelum mengemukakan permohonan tuan/puan.
Dalam surat tawaran sementara akan dinyatakan bidang serta pengkhususan & ada juga sesetengah kursus tu dinyatakan universiti yg khusus e.g Master of Engineering Technology di UNIKL sebab mungkin uni itu sahaja atau yang terbaik yang menawarkan bidang Green Building Technology etc. Kalau mahu bertukar masih boleh cuba memohon utk bertukar universiti tapi kena justify kenapa. Kalau tak silap cuma bidang yang ditetapkan yang tak boleh tukar.


Antara syarat tawaran termasuklah:-
·       Mendapat tempat pengajian yang ditetapkan penaja
·       Hadir & lulus Kursus Analisis Kuantitatif (QA) anjuran INTAN
·       Lulus skor minimum TOEFL atau IELTS untuk pegawai yang ditawarkan ke luar Negara (pegawai yg tidak mematuhi syarat ini secara automatik akan ditaja ke dalam negara)
·       Lulus Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara (utk tajaan luar negara)

Setiap syarat diatas ada dinyatakan tempoh laksana/selesai. Tuan/puan masih ada banyak masa untuk memilih & memohon kemasukan ke universiti setelah berjaya ditawarkan. Kalau baca syarat yang ketiga mengenai kemahiran Bahasa Inggeris, kita masih diberi peluang utk kemukakan keputusan ujian Bahasa Inggeris tersebut selepas temuduga dan sebelum tarikh yang ditetapkan. Maka sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara masih boleh mencuba memohon walaupun tak sempat membawa keputusan Bahasa Inggeris tersebut pada hari temuduga. Tapi ini syarat tahun lepas. Saya sarankan tuan/puan double check dengan Bahagian Modal Insan JPA untuk kepastian.

Seperkara lagi tentang ujian Bahasa Inggeris tu, kalau IELTS biasanya tempoh sah laku sehingga 2 tahun sahaja. So just in-case mohon HLP utk tahun ni tak berjaya (takde niat utk turunkan semangat anda), keputusan Bahasa Inggeris tersebut masih boleh digunakan utk permohonan tahun berikutnya. Tapi perlu ingat: bagi permohonan ke UK, universiti akan mengeluarkan surat CAS untuk tujuan permohonan visa. Surat tersebut paling awal akan dikeluarkan 3 bulan sebelum kursus bermula dan keputusan IELTS yang belum tamat tempoh sah laku tadi antara dokumen yang diperlukan nanti. Jika tuan-puan berjaya mendapat HLP pada tahun ini maka tiada masalah. Tapi jika guna keputusan itu utk permohonan tahun berikutnya, implikasi yang mungkin timbul adalah result tersebut telah expire utk permohonan visa. Sama ada perlu mengulang semula atau tidak saya kurang pasti. We shall discuss more about this once i go thru the visa application process k ;-)

Khamis, 12 Mei 2011

Pemilihan Universiti

Looking back at my previous post, I realised that i had unintentionally left a question unanswered, posted by Marvy Chef asking where am I taking my masters degree. Which gave me an idea for my next entry :-)  Prior to my HLP application, I did some homework first by browsing thru various courses & universities available. Initially i wanted to apply for a Japanese university but it seems that i had to learn the language on my own or take up part-time language classes here in Malaysia before pursuing studies. I do not think i'm confident & disciplined enough to follow thru so i decided to look at other options available & chose UK.
Once the offer was out, apart from local universities, there were only 7 universities (for Computer Science and Informatics) to choose from as suggested from the guidelines. They are as follows (March 2011 post " Senarai Universiti - UK utk Sesi 2011"):-


 

·        University of Cambridge
·        Imperial College London
·        University of Southampton
·        University of Edinburgh
·        University of Oxford
·        University College London
·        University of Manchester

And alhamdulillah Manchester wants me hehe... Wether you're applying for local or overseas, you can visit seminars & education fairs to find out lists of educational institutions, gather general information such as admission requirements, procedures etc. I always insist on a hardcopy of prospectus (not environment-friendly!) Just like the feel of reading from a book although it is always better to refer to the university website as it is regularly updated :-)

Khamis, 5 Mei 2011

Ujian Bahasa Inggeris IELTS atau TOEFL

Saya ada terima soalan daripada Faiz J berkenaan ujian Bahasa Inggeris ni. Dia nak memohon ke luar negara tapi belum ambil ujian TOEFL atau IELTS maka saya kongsi dengan kalian di sini kalau2 ada yang nak bertanya perkara yang sama.

Saya apply UK maka saya memohon utk mengambil paper IELTS. TOEFL utk US. Byk top US universities yang recognise paper IELTS utk menyokong permohonan ke universiti mereka. So i would recommend ambil IELTS - boleh guna utk apply ke UK, US & Australia.  Jika diteliti semula syarat pada tahun ni:- "Calon yang sedang/akan menduduki ujian ini, semua slip keputusan perlu dikemukakan semasa menghadiri temuduga". 

Pada pendapat saya pilih tarikh exam yang sesuwai & sempat utk buat preparation supaya kita cukup confident utk menghadapinya. Bayar mahal tu.. Tahun ni dah bertambah yurannya. Alang-alang amik biar la prepared kan.. Jgn tergesa-gesa.. IELTS ada 2 jenis Academic & General. So utk tujuan HLP ni kita apply la yg academic. Ada 4 bahagian 
  1. Listening
  2. Reading
  3. Writing
  4. Speaking
Masa saya amik dulu, saya pegi daftar dengan kawan. So ada 2 jenis buku yang direkomenkan masa tu. Saya beli satu dan kawan saya beli yg satu lagi. Kami kongsi-kongsi la. Ada disertakan CD skali. Mahal gak bukunya spt di bawah:-


RM120 (2011)
RM100 (2011)

As the name implies, yang buku biru tu ajar cara bagaimana nak jawab. Yang buku merah tu contoh-contoh soalan. Dua-dua pun berguna. Terpulang la nak beli ke idak. Nak self-study pun boleh je. Ada byk on-line material yang percuma. Saya perasan yuran & harga buku ni pun dah bertambah tahun ni. Simpan la resit kot boleh claim semula dari LHDN. Dulu klu tak silap dalam lebih kurang RM80-RM90. Tahun ni dah cecah RM100. 

Semua berkenaan exam dates, practice material boleh rujuk di http://www.britishcouncil.org/malaysia-exams-ielts.htm Exam ni diadakan 1-3 kali sebulan tapi terhad di KL, Selangor & Penang (Semenanjung). Yang lain di KK, Tawau, Sibu, Kuching & Miri. Result exam ni valid 2 tahun je tau. Seperkara lagi nak bagitahu u olls, yuran exam ni tak boleh claim ya walaupun berjaya ditawarkan HLP. Itu polisi JPA. 

Begitulah kembara dalam mencari ilmu ni tak mudah ye hehe... Pengalaman saya dulu saya amik paper ni awal supaya dapat saya gunakan utk memohon ke universiti terlebih dahulu. Dengan itu saya boleh bawak surat tawaran universiti beserta result exam IELTS ke temuduga. Itu inisiatif saya sendiri untuk berusaha menguatkan lagi permohonan saya. Tak semestinya buat macam tu. Sebab ada jugak kawan saya pegi temuduga lenggang kangkung je tapi berjaya jugak. Rezeki masing-masing la kan.

There is no harm in trying. In my opinion, klu berminat apply je. Sempat atau tak belakang kira kan hehe.. Saya selalu pesan kat member2 lain. Paling tidak pun kita dapat pengalaman temuduga.. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Selamat maju jaya!

Soalan Lazim HLP 2012

Soalan-soalan lazim berkaitan dengan tawaran
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2012

Skim Perkhidmatan
1. Adakah pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan layak memohon?
Pelawaan ini tidak meliputi Kementerian/Jabatan/Agensi yang mempunyai peruntukan untuk mengendalikan kursus Pasca Ijazah atau agensi yang mempunyai badan penaja yang lain. Antara Kementerian/Jabatan/Agensi yang dimaksudkan ialah Kementerian Pelajaran Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan), Kementerian Pertahanan Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia), Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (bagi Pensyarah Universiti dan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi) dan Agensi/Badan Berkanun yang telah diswastakan /dikorporatkan/ diasingkan sistem saraannya. Hanya pegawai gunasama sahaja yang layak memohon.

2. Adakah pegawai dari Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun Negeri/ Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)/ Agensi / SUK Negeri layak memohon?
Pelawaan ini tidak meliputi Kementerian/Jabatan/Agensi yang mempunyai peruntukan untuk mengendalikan kursus Pasca Ijazah atau agensi yang mempunyai badan penaja yang lain. Hanya pegawai gunasama sahaja yang layak memohon.

3. Saya amat berminat untuk memohon, namun saya berkhidmat dalam Kumpulan Sokongan.
Pencalonan adalah dipelawa bagi pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang layak daripada Kementerian/Jabatan/Agensi untuk mengikuti kursus pengajian pasca ijazah di peringkat Sarjana dan Kedoktorn (Ph.D) bagi sesi akademik 2011.

4. Adakah program HLP ini terbuka bagi mereka yang bukan kakitangan kerajaan?
Kemudahan ini hanya diperuntukkan bagi pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional sebagai satu bentuk latihan pembangunan kompetensi bagi dimanfaatkan untuk kepentingan perkhidmatan.

5. Apakah dimaksudkan dengan Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama?
Perkhidmatan Gunasama bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Skim Perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya KPPA ialah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, Pegawai Latihan Vokasional, Pegawai Teknologi Maklumat dan Pegawai Psikologi. Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama bermaksud perkhidmatan selain daripada perkhidmatan Gunasama.

Tempoh Perkhidmatan
6. Antara syarat untuk memohon adalah sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama 3 tahun pada tarikh tutup permohonan. Bolehkah tarikh lantikan dikira daripada jawatan/gred/skim lain sebelum jawatan sekarang?
 Syarat 3 tahun berkhidmat tidak termasuk jawatan/gred/skim perkhidmatan terdahulu termasuk jawatan kontrak. Selain itu, tempoh perkhidmatan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional sahaja yang akan diambilkira.

7. Saya adalah pegawai Hal Ehwal Islam yang ditempatkan secara (kader post/ pinjaman) di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sekiranya saya ingin memohon melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana, adakah melalui Ketua Jabatan sekarang atau Ketua Jabatan asal iaitu (JAKIM)?
Permohonan oleh pegawai kader perlu melalui Jabatan Induk/Asal. Walau bagaimanapun, calon masih memerlukan perakuan Ketua Jabatan.

Tempat/ Bidang Pengajian
8. Bolehkah memohon tempat pengajian di Universiti selepas mendapat tawaran HLP?
Boleh. Calon-calon masih boleh mendapatkan tempat pengajian semasa dalam tempoh sah tawaran sementara.

9. Saya telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana di sebuah Universiti di luar negara. Tawaran ini terpaksa ditangguhkan kerana masalah biasiswa. Saya sedang berurusan untuk diberi tawaran yang baru bagi kemasukan yang akan datang. Sementara menunggu tawaran yang baru, bolehkah saya menggunakan surat tawaran diatas untuk dikemukakan bersama permohonan HLP?
Boleh.

10. Sekiranya telah ditawarkan HLP, bolehkah bidang pengajian ditukar?
Tidak.

Kelulusan Bahasa Inggeris
11. Adakah calon wajib lulus terlebih dahulu TOEFL atau IELTS sebelum memohon HLP ?
Ya. Calon hendaklah lulus ujian Bahasa Inggeris skor minimum samaada TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau IELTS 6.5 semasa mengemukakan permohonan. Walau bagaimanapun, bagi calon-calon yang masih belum memperolehi keputusan, boleh mengemukakan semasa menghadiri temuduga.

12. Adakah ujian TOEFL dan IELTS perlu dipohon sendiri oleh pemohon? Dimana?
 Ya. Pemohon boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada MACEE (Malaysian American Commission on Educational Exchange) atau BRITISH COUNCIL. Semua kos yang terlibat adalah dibawah tanggungan calon sendiri.
http://www.macee.org.my
http://britishcouncil.org/malaysia

Kemudahan
13. Apakah kemudahan dan elaun-elaun yang disediakan melalui HLP ini?
 Kadar biasiswa akan dimaklumkan di dalam surat tawaran kepada calon yang berjaya.

Tempoh Penajaan
14. Berapakah tempoh penajaan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana?
 Ianya bergantung kepada bidang dan tempat pengajian.

Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan
15. Adakah terdapat sebarang ikatan kontrak sekiranya berjaya ditawarkan HLP?
 Ya. Tempoh ikatan kontrak tertakluk kepada terma perjanjian yang akan ditandatangani.

16. Apakah kesan sekiranya saya menolak tawaran sementara HLP?
 Sekiranya tuan/puan menarik diri atau menolak tawaran selepas tempoh yang dibenarkan, tindakan/penalti berikut akan dikenakan :-
Bil
Tarikh tarik diri/ tolak tawaran

Tindakan/ Penalti
1.
Mulai surat tawaran sementara sehingga 14 hari sebelum sesi QA (Quantitative Analysis) pertama bermula.
Tiada Penalti
2.
Dalam tempoh 14 hari sebelum sesi QA (Quantitative Analysis) pertama bermula sehingga tarikh sah surat tawaran sementara tamat.
Disenaraihitam untuk 3 kali penawaran HLP.
3.
Setelah memulakan pengajian
Penguatkuasaan terma perjanjian sepenuhnya.

Dokumen/Tatacara Permohonan
17. Adakah borang sokongan Ketua Jabatan (Borang JPA(L)LDP 1A/96) perlu dihantar secara hardcopy ke JPA?
Ya. Perlu dihantar secara hardcopy.

18. Adakah perlu menghantar dokumen permohonan secara pos atau cukup dengan mengisi borang secara online?
 Semua dokumen permohonan perlu juga dihantar melalui pos untuk tujuan pengesahan dan sebagai dokumen sokongan. 4

19. Selain daripada Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal), apakah dokumen lain yang diperlu dihantar?
 Dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut :-
(i) Salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/CGPA atau kelulusan yang setaraf dengannya;
(ii) Salinan Ijazah Sarjana lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/CGPA atau kelulusan yang setaraf dengannya (sekiranya ada);
(iii) Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkeluarga);
(iv) Salinan Slip keputusan TOEFL atau IELTS (bagi permohonan pengajian di Luar Negara);dan
(v) Salinan Surat Akuan Doktor oleh Pegawai Perubatan & Kesihatan berdaftar sekiranya pegawai atau ahli keluarga menghidap penyakit kronik.

20. Siapakah pihak yang bertindak sebagai Panel Pembangunan Sumber Manusia?
 Sila rujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing.

Lain-lain
21. Bila kursus khas kenegaraan anjuran Biro Tatanegara diadakan?
 Calon akan mengikuti Kursus Khas Kenegaraan setelah berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan.


source: www.jpa.gov.my