Memaparkan catatan dengan label Proposal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Proposal. Papar semua catatan

Ahad, 24 April 2011

Contoh/Template Proposal Hadiah Latihan Persekutuan aka HLP

Berikut dilampirkan contoh atau template proposal Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) JPA yang saya submit bagi permohonan tahun 2011. Saya telah memohon untuk pengajian luar negara so saya kena buat dalam Bahasa Inggeris and vice versa lah. Kalau untuk permohonan universiti di dalam negara perlu hantar proposal dalam Bahasa Melayu.

Merujuk kepada panduan yang saya lampirkan dalam post terdahulu, untuk mod pengajian Penyelidikan Penuh, cadangan penyelidikan hendaklah tidak kurang daripada 10 mukasurat bagi peringkat PhD dan 5 mukasurat bagi peringkat Sarjana. Bagi yang memilih mod pengajian kerja kursus pula cuma perlu hantar sekurang-kurangnya 3 muka surat.


Bagi saya sendiri, saya telah memilih coursework (kerja kursus) & saya combine format bagi kedua-dua research & coursework sebab kursus yang saya pilih perlu sediakan dissertation juga. Antara kandungannya berbentuk begini:

1.0            INTRODUCTION (PENGENALAN)
2.0            FIELD OF COURSEWORK (BIDANG)
3.0            TOPIC OF COURSEWORK (TAJUK)
4.0            BACKGROUND OF COURSEWORK (LATAR BELAKANG)
5.0            OBJECTIVES OF COURSEWORK (MATLAMAT/OBJEKTIF)
6.0            METHODOLOGY (KAEDAH/METODOLOGI)
7.0            STUDY PLAN (PELAN PENGAJIAN)
8.0            POTENTIAL INTEREST OF COURSEWORK TOWARDS PUBLIC SERVICE (POTENSI KEPENTINGAN)

Terpulang la. Melihat daripada 'success story' kawan2 lain yang berjaya dianugerahkan HLP ni, sebenarnya proposal ni sebahagian daripada usaha kita je. Selebihnya doa & tawakal je la sebab nak dapat ke idak tu rezeki masing2 kan. Sounded a little bit cliche kan but in my opinion itulah hakikatnya. So jgn risau sangat pasal proposal ni. Follow your heart & start writing because the next challenge is the interview!

Last but not least, good luck kepada semua yang sedang memohon Hadiah Latihan Persekutuan JPA bagi 2012 ni ya :D

Isnin, 21 Februari 2011

Panduan Menulis Proposal Hadiah Latihan Persekutuan

LAMPIRAN A (i): "PANDUAN MENULIS RANCANGAN PENGAJIAN UNTUK PROGRAM IJAZAH TINGGI BAGI PERKHIDMATAN GUNASAMA UNTUK PERMOHONAN HLP SESI PENGAJIAN 2011"

"Guideline to Writing Research Proposal/Statement of Purpose for Ph.D/Masters Programme"

1) Panduan menulis cadangan penyelidikan (Ph.D dan mod pengajian - Penyelidikan Penuh)
Guideline to writing research proposal (Ph.D and mode of study - Full Research)

Pemohon dikehendaki mengemukakan satu kenyataan berkaitan cadangan penyelidikan (calon PhD dan calon Sarjana secara Penyelidikan Penuh) Kenyataan haruslah mengandungi elemen berikut: 
Applicants are required to submit either a research proposal (Ph.D & Masters by full research). The statement should comprise the following elements:

  • Bidang penyelidikan (Sila letakkan di penjuru atas kanan muka depan kertas)
    Field of Research  
  • Cadangan Penyelidikan
    Research Proposal
  • Latarbelakang atau kajian perpustakaan ringkas mengenai bidang kajian
    Background or a brief literature review on the research topic
  • Rangka kajian
    Theoretical Framework
  • Objektif Kajian
    Objective of study

    Jelaskan apakah objektif yang mendorong tajuk ini dikaji
    Explain the objective(s) that influence the research
  • Metodologi kajian
    Methodological Research

    Jelaskan metod-metod yang akan digunakan dalam membuat kajian seperti perpustakaan, kerja makmal, kajian luar, dokumentari, persejarahan, wawancara/soal selidik, penafsiran dan analisis, dan lainnya
    Explain the methods used in the research such as library research, lab work, field work, historical documentary, interview, survey, evaluation and analysis, etc.
  • Rangka Jadual Kerja
    Work schedule
  • Bibliografi ringkas
    Brief Bibliography
Cadangan penyelidikan ini hendaklah tidak kurang daripada 10 muka surat (Ph.D) dan 5 muka surat (Sarjana) ditulis dalam Bahasa Inggeris (pengajian di Luar Negara) dan Bahasa Malaysia (pengajian di Dalam Negara).
The research proposal should not be less than 10 pages (Ph.D) or 5 pages (Masters), written in English (Overseas Studies) and Bahasa Malaysia (Local Studies).

2) Panduan menulis cadangan pelan pengajian (mod pengajian - kerja kursus) Guideline to writing research proposal (mode of study - coursework)

Pemohon dikehendaki mengemukakan satu kenyataan berkaitan dengan pelan pengajian. Kenyataan haruslah mengandungi elemen-elemen berikut:
Applicants are required to submit a statement of purpose with study plan. The statement should comprise the following elements:  
  • Bidang kursus (Sila letakkan di penjuru atas kanan muka depan kertas)                 Coursework
  • Tajuk Kerja Kursus
    Topic of coursework 
  • Pelan Pengajian 
    Study Plan
  • Potensi kepentingan Kerja Kursus kepada Perkhidmatan Awam 
    Potential Interest of coursework towards Public Service
     
Cadangan pelan pengajian ini hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 3 mukasurat serta ditulis dalam Bahasa Inggeris (pengajian di Luar Negara) dan Bahasa Malaysia (pengajian di Dalam Negara).
The research proposal should not be less than 3 pages, written in English (Overseas Studies) and Bahasa Malaysia (Local Studies).

Source: www.jpa.gov.my