Memaparkan catatan dengan label IELTS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IELTS. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

Ujian Bahasa Inggeris IELTS atau TOEFL

Saya ada terima soalan daripada Faiz J berkenaan ujian Bahasa Inggeris ni. Dia nak memohon ke luar negara tapi belum ambil ujian TOEFL atau IELTS maka saya kongsi dengan kalian di sini kalau2 ada yang nak bertanya perkara yang sama.

Saya apply UK maka saya memohon utk mengambil paper IELTS. TOEFL utk US. Byk top US universities yang recognise paper IELTS utk menyokong permohonan ke universiti mereka. So i would recommend ambil IELTS - boleh guna utk apply ke UK, US & Australia.  Jika diteliti semula syarat pada tahun ni:- "Calon yang sedang/akan menduduki ujian ini, semua slip keputusan perlu dikemukakan semasa menghadiri temuduga". 

Pada pendapat saya pilih tarikh exam yang sesuwai & sempat utk buat preparation supaya kita cukup confident utk menghadapinya. Bayar mahal tu.. Tahun ni dah bertambah yurannya. Alang-alang amik biar la prepared kan.. Jgn tergesa-gesa.. IELTS ada 2 jenis Academic & General. So utk tujuan HLP ni kita apply la yg academic. Ada 4 bahagian 
  1. Listening
  2. Reading
  3. Writing
  4. Speaking
Masa saya amik dulu, saya pegi daftar dengan kawan. So ada 2 jenis buku yang direkomenkan masa tu. Saya beli satu dan kawan saya beli yg satu lagi. Kami kongsi-kongsi la. Ada disertakan CD skali. Mahal gak bukunya spt di bawah:-


RM120 (2011)
RM100 (2011)

As the name implies, yang buku biru tu ajar cara bagaimana nak jawab. Yang buku merah tu contoh-contoh soalan. Dua-dua pun berguna. Terpulang la nak beli ke idak. Nak self-study pun boleh je. Ada byk on-line material yang percuma. Saya perasan yuran & harga buku ni pun dah bertambah tahun ni. Simpan la resit kot boleh claim semula dari LHDN. Dulu klu tak silap dalam lebih kurang RM80-RM90. Tahun ni dah cecah RM100. 

Semua berkenaan exam dates, practice material boleh rujuk di http://www.britishcouncil.org/malaysia-exams-ielts.htm Exam ni diadakan 1-3 kali sebulan tapi terhad di KL, Selangor & Penang (Semenanjung). Yang lain di KK, Tawau, Sibu, Kuching & Miri. Result exam ni valid 2 tahun je tau. Seperkara lagi nak bagitahu u olls, yuran exam ni tak boleh claim ya walaupun berjaya ditawarkan HLP. Itu polisi JPA. 

Begitulah kembara dalam mencari ilmu ni tak mudah ye hehe... Pengalaman saya dulu saya amik paper ni awal supaya dapat saya gunakan utk memohon ke universiti terlebih dahulu. Dengan itu saya boleh bawak surat tawaran universiti beserta result exam IELTS ke temuduga. Itu inisiatif saya sendiri untuk berusaha menguatkan lagi permohonan saya. Tak semestinya buat macam tu. Sebab ada jugak kawan saya pegi temuduga lenggang kangkung je tapi berjaya jugak. Rezeki masing-masing la kan.

There is no harm in trying. In my opinion, klu berminat apply je. Sempat atau tak belakang kira kan hehe.. Saya selalu pesan kat member2 lain. Paling tidak pun kita dapat pengalaman temuduga.. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Selamat maju jaya!