Ahad, 20 Februari 2011

Syarat-syarat Permohonan HLP JPA

LAMPIRAN A: TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN GUNASAMA UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN  (Ph.D) 2011 


Pegawai Perkhidmatan Gunasama bermaksud pegawai yang Ketua Perkhidmatannya adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Skim perkhidmatan yang terlibat ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Latihan Vokasional dan Pegawai Psikologi.

1. Syarat umum

Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

2. Syarat Khusus

(i)   Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2010;
(ii)  Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya 1 Januari 2007) pada tarikh tutup permohonan;
(iii) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
(iv) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan pencapaian CGPA minimum 3.0 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat Sarjana dan kelulusan Ijazah Sarjana untuk mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran (PhD);
(v) Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005;
(vi) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2006, 2007 & 2008 atau 2007, 2008 & 2009). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan; 
(vii) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
(viii) Telah mengisytiharkan harta;
(ix) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA; dan
(x) Menyediakan Kertas Cadangan Pengajian mengikut panduan di Lampiran A(i) dengan Pilihan Bidang Pengkhususan di Lampiran 1.

Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian Di Luar Negara
(xi) Telah lulus ujian Bahasa Inggeris skor minimum sama ada TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau IELTS 6.5 semasa mengemukakan permohonan. Walaubagaimanapun, bagi calon yang sedang/akan menduduki ujian ini, semua slip keputusan perlu dikemukakan semasa menghadiri temuduga. 

Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti di luar negara (termasuk negara-negara bukan berbahasa Inggeris). Hanya ujian Bahasa Inggeris yang diambil pada atau selepas 30 Jun 2008 sahaja diambilkira bagi tujuan ini;

*(xii) Menerima tawaran tempat pengajian di universiti-universiti terkemuka seperti di Lampiran 2 dan 2(a) dalam pelbagai bidang pengkhususan (Rujuk Lampiran 1);
*(xiii) Telah lulus Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara; dan
*(xiv) Pegawai dan ahli keluarga bebas daripada sebarang penyakit kronik.

*Sebarang rayuan untuk melonggarkan syarat-syarat di atas tidak akan dilayan oleh Jabatan ini. Walau bagaimanapun, calon boleh mendapatkan tempat pengajian dan mengikuti Kursus Khas Kenegaraan setelah berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan.

3. Kemudahan

Pegawai-pegawai yang berjaya dipilih akan ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh. 

4. Ikatan Perjanjian Dengan Kerajaan

Pegawai-pegawai yang berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan.

5.  Tatacara Permohonan

5.1 Pegawai Perkhidmatan Gunasama Yang Bukan Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

(a) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 5 April 2010 sehingga 5 Mei 2010.

(b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

(i) Salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/CGPA atau kelulusan yang setaraf dengannya;
(ii) Salinan Ijazah Sarjana lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/CGPA atau kelulusan yang setaraf dengannya (sekiranya ada);
(iii) Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkeluarga);
(iv) Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) (dalam Bahasa Malaysia untuk pengajian Dalam Negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di Luar Negara);
(v)   Salinan slip keputusan TOEFL atau IELTS (bagi permohonan pengajian di Luar Negara);
(vi)  Borang Perakuan Ketua Jabatan (diisi oleh Ketua Jabatan);
(vii) Borang JPA(L) LDP 1A/96 (diisi oleh Ketua Jabatan); dan
(viii)Salinan Surat Akuan Doktor oleh Pegawai Perubatan & Kesihatan berdaftar sekiranya pegawai atau ahli keluarga menghidap penyakit kronik.

(c) Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh pegawai Kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.

(d) Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan. 

5.2 Pegawai Perkhidmatan Gunasama Yang Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Pegawai-pegawai yang berminat diwajibkan memohon melalui 2 kaedah berikut:

1) Aplikasi HRMIS - Aplikasi HRMIS boleh dicapai di www.eghrmis.gov.my (di bawah modul Pembangunan - sila klik Program Pengajian). Panduan dan tatacara permohonan boleh dimuat turun di laman web HRMIS.

2) Perkhidmatan Dalam Talian - Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my.


Source: www.jpa.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan