Isnin, 20 Jun 2011

Soalan (Bocor) Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) JPA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terima kasih kepada sume yg bertanya tentang soalan temuduga ni... blog ni ada masa pasang surut dia.. satu time nak buat proposal ngan submit application.. pastu time nak menghadapi temuduga hehe..  Lama dah tak update blog. Mcm2 nak buat time ni hehe.. tapi sebab dah janji saya muatkan juga entri ni...

Masa saya temuduga dulu, purata setiap sorang ditemuduga dalam setengah jam. Saya tak disoal byk sgt kut sebab tak berhenti bercakap. Interviewer kena mencelah baru boleh soal. Tu strategi tu.. supaya tak ditanya macam2.. klu jawab sepatah je byk le soklan kan hehe...

Saya ditanya soklan2 standard yg saya dah jangka mcm kenapa minta oversea, kenapa tak minta local uni... selebihnya pertanyaan tersebut lebih kepada proposal yg kita buat. Sebab dia takde masa nak baca proposal kita. Masa kita masuk bilik temuduga tu masa tu la dia baru nak belek proposal kita sambil menyoal.. so we must be well-versed dgn tajuk proposal supaya boleh yakinkan dia apa sebenarnya yg kita nak buat & hasil yg kita ingin capai dari paper/coursework tu.. Di sini saya compile satu dua soklan hasil pengalaman kawan2 lain sebagai panduan.

1. Kenapa memohon/memilih universiti/kursus tersebut
2. Apa sumbangan yg boleh berikan kpd perkhidmatan awam setelah tamat belajar nanti melalui tajuk kajian yg dicadangkan ini
3. Kenapa tidak memilih utk buat research?
4. Di mana kesarjanaannya dgn memilih utk buat coursework -? bukankah menghadiri kelas & ambil exam sama sahaja spt buat degree...
5. Apa keistimewaan awak berbanding dengan org lain?
6. Kenapa perlu anugerahkan HLP ini kepada awak?

haha tu dia jawab sendiri ;-) Kalau ada input lagi nanti saya kemaskini. Jgn risau sgt la. Tawakkal & all the best in your interview ya!

23 ulasan:

  1. t.kasih atas maklumat ini. Sy baru check JPA, dipanggil interview 4hb Julai ni. Harap dapat jawab soalan dengan baik hendaknya

    BalasPadam
  2. Temuduga Di PICC kan.. Mcm ramai ja mohon tahun ni.. Tanpa Nama ni klu dlm bahasa inggeris lebih kurang mcm Anonymous.. u bukan geng hackers yg hack govt website tu ea :P hehe gud luck!

    BalasPadam
  3. ju, kalau tak keberatan boleh kongsi tak dlm gred jawatan masa dpt hlp? saya dgr ada yg gred 41 takkan dpt sbb kasi yg lebih senior...ye ke? tak best sungguh la kalau camtu :/

    BalasPadam
  4. Gred 44. Tak la.. Masa kursus wajib bagi penerima HLP (QA) yg diadakan di INTAN awal tahun ni, ada je group mate saya yg Gred 41. Tapi tak dinafikan memang ramai di kalangan gred 44 & ke atas dapat tawaran ni..

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas perkongsian, lebih2 lagi soklan bocor tu :)..
    Saya interv 5hb depan..

    BalasPadam
  6. thanks Ju. sedap sikit hati tau ada gred41 pun dpt. hehe kalau tak dah mcm down sikit la masa dgr2 haritu...
    kalau tak keberatan, boleh tak kongsikan proposal HLP Ju utk saya rujuk. Just to see the difference dgn apa yg I dah hantar masa mohon haritu. my email purpleday@gmail.com

    BalasPadam
  7. Salam juliana, selalunya berapa lama boleh tau keputusan lps interview? Dapat surat ke atau thru emel?

    BalasPadam
  8. assalamualaikum..saya baru selesai temuduga hlp...alhamdulillah interviewer kata saya layak...mungkin berdasarkan proposal dan cara respond yang saya beri meyakinkan beliau..seterusnya mereka menyarankan saya memohon segera universiti yang saya pilih takut saya akan melewatkan permohonan dan akhirnya saya terlepas peluang...so saya pergilah mendaftar hheheh masa mendaftar saya jumpa prof..(Di Universiti yang saya mohon).dan segala dokumen saya tunjuk pada dia.. saya buat begini kerana ada kekeliruan mengisi borang permohonan...eventually semuanya terlerai..prof berkenaan setuju jika saya berlajar disini dan berdasarkan syarat-syarat tu katanya saya layak... masalah yang timbul sekarang ialah jika benar-benar saya layak dan pihak Universiti menerima kemasukan saya untuk sesi 6 Febuari 2012, sedangkan surat Hitam Putih keputusan temuduga HLP belum keluar pada tarikh tu... sebab mustahil kerana temuduga HLP berakhir pada 18 januari 2012...apa tindakan yang perlu saya ambil atau ada cadangan?...saya jika boleh ingin meneruskan pengajian untuk sesi febuari 2012 kerana faktor usia..

    BalasPadam
  9. Wsalam.. seingat saya lebih kurang selepas 2 bulan dah boleh dapaat result.. depends la tiap2 tahun mungkin tak sama. time saya dulu semak keputusan melalui laman web JPA.

    Pada pandangan saya, cadangan penemuduga utk segera apply ke universiti tu bernas jugak utk secure tempat. Sesetengah uni ada benarkan deferment means kalau dapat tawaran utk tahun ni, still boleh mohon tangguh utk kemasukan tahun depan. Tapi setelah dapat keputusan HLP, better semak dengan penaja HLP. Bagi HLP JPA sblm ni kalau temuduga tahun ni, peruntukan HLP tu utk kemasukan tahun berikutnya. Again, better check with the sponsors ;-) Semoga berjaya, insyaAllah..

    BalasPadam
  10. Assalam ju
    Tq for sharing

    Adakah sesi temuduga bagi pemohon HLp oversea didalam
    Bahasa inggeris?

    BalasPadam
  11. ada jugak blog utk HLP nie ek...xsangka...huhuhu...saya interview esok...nervous gak nie...xtau nak prepare apa...dorg ada tanya pasal pengetahuan am ker ek????lagi satu agak2 apa jawapan yg paling bagus kalau dorg tanya knp amik coursework ek???xtau nak jawab apa...wish me luck yerr....tq for the info...:)

    BalasPadam
  12. soalan favourite tu - kenapa coursework dan bukan research. vice versa.

    BalasPadam
  13. insyallah, 9hb julai ni sy sekali lagi masuk interview for master hlp.
    pengalaman tahun lepas (pengalaman gagal)
    -sebolehnya buat research
    -kalau buat coursework kena ada alasan yg sangat kukuh!
    -tahu juga isu-isu semasa(gtp, nkra, 1 malaysia)

    tahun lepas sy propose hlp scr coursework, tahun ni wat cara research lak..

    BalasPadam
  14. Waalaikumsalam R@SLi: Interview dalam bahasa inggeris.. prepare je la
    cAyAnG_iBu: sorry for late reply.. hope it went well..
    ruud van irwan: mix-mode pun ada combination of both
    Putra Green: mana-mana pun ok terpulang lebih minat ke arah mana..all the best

    BalasPadam
  15. saya pun baru lepas interview hlp 9 julai baru nie..
    apa kriteria pemilihan sebenarnya? if any of u guys know??

    BalasPadam
  16. slm,

    nk apply hlp kn markah 90% atas ker..klu 85%-90% blh ker mhn..

    BalasPadam
  17. tentang kriteria pemilihan tu kurang pasti la tapi setakat ni kalau tgk syarat permohonan biasanya 85% ke atas bagi 3 tahun berturut2

    BalasPadam
  18. hai kak juliana..

    saya baru sahaja menghantar permohonan hlp untuk ph.d

    rasa agak nervous juga..

    boleh ke akak kongsi tips2 menjawab soalan2 temuduga dengan saya? pls email saya di lord_anju@yahoo.com

    good luck in your studies...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks.. saya sudah selesai masters pada tahun 2012. Tapi untuk PhD, mengikut pengalaman rakan2 lain yg apply for PhD, soalannya tough sikit and lebih menjurus kepada research yang akan dibuat kerana expectation yang diberikan oleh panel adalah lebih tinggi. Kebiasaannya mereka menganggap yg apply PhD sudah menjalani pengajian peringkat masters & ada pengalaman membuat research work etc. So soalan2 yang pernah ditanya termasuklah perlu terang metodologi yang akan digunakan dalam research tersebut, primary & secondary data yang akan digunakan etc.

      Padam
  19. Hai kak Juliana,

    salam. saya menaga.saya baru sahaja mendapat surat temuduga hlp peringkat phd. agak nervous juga. harap boleh mendapat sedikit tips atau pun harap akak boleh perkenalkan (if there is any) kawan yang pergi temuduga peringkat phd. saya cuba prepare sewajarnya dengan membaca buku and selami research methodology setakat yang boleh. and please pray for me.

    BalasPadam
  20. Bg tips temuduga untuk Phd luar negara? Saya temuduga HLP phd 28 ogos 2013 ni

    BalasPadam
  21. slm.. boleh x share kan contoj jawapan utk soalan2 di atas? emel saya : khatty_adamxsmti@yahoo.com

    BalasPadam
  22. Salam, saya dapat panggilan temuduga 4 hb nih..memang berdebar sgt2. bila baca antara soalan yang akan ditanya ialah apa istimewanya saya dan kenapa mesti anugerah pd saya....trus mcm blank

    BalasPadam