Saya ada terima soalan daripada Faiz J berkenaan ujian Bahasa Inggeris ni. Dia nak memohon ke luar negara tapi belum ambil ujian TOEFL atau IELTS maka saya kongsi dengan kalian di sini kalau2 ada yang nak bertanya perkara yang sama.
Saya apply UK maka saya memohon utk mengambil paper IELTS. TOEFL utk US. Byk top US universities yang recognise paper IELTS utk menyokong permohonan ke universiti mereka. So i would recommend ambil IELTS - boleh guna utk apply ke UK, US & Australia. Jika diteliti semula syarat pada tahun ni:- "Calon yang sedang/akan menduduki ujian ini, semua slip keputusan perlu dikemukakan semasa menghadiri temuduga".
Pada pendapat saya pilih tarikh exam yang sesuwai & sempat utk buat preparation supaya kita cukup confident utk menghadapinya. Bayar mahal tu.. Tahun ni dah bertambah yurannya. Alang-alang amik biar la prepared kan.. Jgn tergesa-gesa.. IELTS ada 2 jenis Academic & General. So utk tujuan HLP ni kita apply la yg academic. Ada 4 bahagian
- Listening
- Reading
- Writing
- Speaking
Masa saya amik dulu, saya pegi daftar dengan kawan. So ada 2 jenis buku yang direkomenkan masa tu. Saya beli satu dan kawan saya beli yg satu lagi. Kami kongsi-kongsi la. Ada disertakan CD skali. Mahal gak bukunya spt di bawah:-
As the name implies, yang buku biru tu ajar cara bagaimana nak jawab. Yang buku merah tu contoh-contoh soalan. Dua-dua pun berguna. Terpulang la nak beli ke idak. Nak self-study pun boleh je. Ada byk on-line material yang percuma. Saya perasan yuran & harga buku ni pun dah bertambah tahun ni. Simpan la resit kot boleh claim semula dari LHDN. Dulu klu tak silap dalam lebih kurang RM80-RM90. Tahun ni dah cecah RM100.
Semua berkenaan exam dates, practice material boleh rujuk di http://www.britishcouncil.org/malaysia-exams-ielts.htm Exam ni diadakan 1-3 kali sebulan tapi terhad di KL, Selangor & Penang (Semenanjung). Yang lain di KK, Tawau, Sibu, Kuching & Miri. Result exam ni valid 2 tahun je tau. Seperkara lagi nak bagitahu u olls, yuran exam ni tak boleh claim ya walaupun berjaya ditawarkan HLP. Itu polisi JPA.
Begitulah kembara dalam mencari ilmu ni tak mudah ye hehe... Pengalaman saya dulu saya amik paper ni awal supaya dapat saya gunakan utk memohon ke universiti terlebih dahulu. Dengan itu saya boleh bawak surat tawaran universiti beserta result exam IELTS ke temuduga. Itu inisiatif saya sendiri untuk berusaha menguatkan lagi permohonan saya. Tak semestinya buat macam tu. Sebab ada jugak kawan saya pegi temuduga lenggang kangkung je tapi berjaya jugak. Rezeki masing-masing la kan.
There is no harm in trying. In my opinion, klu berminat apply je. Sempat atau tak belakang kira kan hehe.. Saya selalu pesan kat member2 lain. Paling tidak pun kita dapat pengalaman temuduga.. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Selamat maju jaya!
Jadi untuk melayakkan diri bagi HLP ke luar negara, score/band berapa yang perlu dicapai?
BalasPadamKena lulus "skor minimum sama ada TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau IELTS 6.5 semasa mengemukakan permohonan" ke JPA (Bley rujuk page 'Soalan Lazim HLP 2012').
BalasPadamIni requirement utk apply HLP JPA. Pada masa yang sama kena rujuk juga requirement universiti. Certain universities/courses require higher scores. Klu utk IELTS saya tgk kebanyakannya perlu at least 6 - 6.5. Yg perlu band 7 ke atas ni biasanya mcm kursus Law, Medic etc bergantung kepada universiti :D
So ju score mesti tinggi gak ni kan? Thanks. really informative. maybe ambil IETLS je.. insya Allah... banyak juga nak kena prepare ni.
BalasPadamAgaknya berapa lama masa gap, selepas submit application sehingga panggil temuduga? Ju dipanggil temuduga bln brp tahun lps ye?
Aw... mana tau kakaka... Alhamdulilah ok ;-) Saya bukan duta IELTS k.. takde komisen pun :P
BalasPadamTime saya dulu dipanggil temuduga after 2 months submitting application. Application:april, interview: June
wah, ble tahan ko ju siap ada blog pasal hlp..
BalasPadamdah jadi sifu hlp.. hehe
tahniah kawanku,
aku baru perasan hlp bukak, ingat nk try apply kalu sempat, sbb baby aku baru je kuar 2 hari lepas, kalu sempat aku hantar la sblm tarikh tutup, kalau x sempat xde rezeki lagi agaknya tahun ni..
all the best for you..
razlan abdul aziz.. =)
Allo Zonan my fren haha kantoi.. saja nak try kasi my page appear on first page of google search engine.. Tapi takde la sampai ranking lebih tinggi dari website JPA ;P
BalasPadamCongrats on your new born! Wah makin produktif ye :D Try je apply.. tak rugi.. hantar draf proposal pun takpe.. pada hari temuduga ko bawak la proposal yg dah kasi mekap..
Thanks & Gud luck!
Agreed with Ju. It is all depends on Course and Univ requirement.
BalasPadamjust add my experience.. when I apply for International Univ of Japan.. That Univ required IELTS band 7.5 but I only had 6.5 (cukup makan syarat JPA) yet they stil accept me bcoz of I am Malaysia Govt Scholarship holder..
be prepared, practise and practice. if you had extra money you can attend 12 hours "Strategies for IELTS" workshops which deal with strategies required in the IELTS exam. This workshop offered at IDP Education Subang Jaya or KL. it will cost u around 400 if i am not mistaken.
good luck
MyDanisH: bleh tahan ye min req 7.5 ea.. bisness punya pasal rugi la derang klu tak amik kita kan ;-)
BalasPadamBetul tu Practice Makes Perfect.. especially paper Writing. Klu diminta tulis 250 words pandai-pandai la adjust.. jangan terkurang @ terlebih sangat. I scored the least at Writing becoz the more you write, therefore the more you are prone to mistakes. So latih la utk tulis ngam-ngam.
Thanks for sharing your views. Sape mintak Australia pun boleh check out IDP Education ni. Dulu ada juga certain private colleges macam Taylors yang offer IELTS preparation programmes :-)
kat kelantan ni ada oxford learning center kat Kota Bharu utk prep class for IELTS. tp smlm pergi, dah tutup dah coz khamis dia tutup awal (1pm). So ahad ni nak pi tanya...
BalasPadamJu belajar thru buku2 je kan? Ke ada pergi kelas juga?
salam..tanya sikit regarding your below statement:
BalasPadam"Time saya dulu dipanggil temuduga after 2 months submitting application. Application:april, interview: June"
mcm hlp 2012 ni, last submission date was on 23rd may 2011..so, expected interview date will be exactly 2 months after that (july 23rd) ataupun could be early july ya?(base on pengalaman juliana tahun lepas)
sbb saya baru plan nak amik IELTS 25 jun 2011..sbb nak prepare suma kan..so, result will be out 13 days later, which is on 8th July..ada possibility x interview conducted earlier than this date?
sbb syarat tahun ni..result at least must be submitted during interview kan..so, kalo x sempat...tu yg merisaukan...kalau la jpa boleh bagi kelonggaran result submitted after interview kan bagus..hehe
waiting for your reply..tQ!
Marvy: Oo di kelantan ke.. Haah melalui buku je.. Kalau ada kawan boleh la latih dgn kawan terutama skali utk 'speaking'. Klu biasa speaking sensorang takpe kut :P
BalasPadamTanpa: Wsalam.. Time tu submit application dalam bulan April, dapat panggilan temuduga dlm pertengahan jun. Temuduga lebih kurang hujung jun hingga awal julai. Result dapat bulan Ogos :D
Berkenaan result IELTS tu samada sempat atau tidak: saya sarankan the best answer u can get is to contact Bahagian Modal Insan, JPA. Sebab syarat setiap tahun tak sama kan. Do refer to my entri "Points to Ponder"(Mei 2011)
Gud luck!
"Pengalaman saya dulu saya amik paper ni awal supaya dapat saya gunakan utk memohon ke universiti terlebih dahulu. Dengan itu saya boleh bawak surat tawaran universiti beserta result exam IELTS ke temuduga"
BalasPadamsalam, saya ni baru nak berjinak2 ngan HLP.. plan nak apply for next year.. quote kat atas tu maknanya Ju dah dpt offer from Universiti before gi interview?
Wsalam..
BalasPadamYa betul tu Milina. Mungkin tak perlu tapi boleh je apply dulu & bawa surat tawaran universiti ke temuduga.
tp Ju kalau kita x dpt HLP tu camne? just in case... :P atau tu mungkin satu strategi untuk menguatkan permohonan kita kan?
BalasPadamMemang saya apply siap2 utk kuatkan permohonan.. Buleh cuba buat mcm ni kalau nak: keluarkan sume surat tawaran yg ada lepas tu tanya kat penemuduga tu "encik nak universiti apa? Oxford? Sheffield? Southampton? Nottingham? etc Sume saya dah dapat offer. Syarat tawaran pun dah dipenuhi. Skarang terpulang kepada encik je nak bagi kat saya ke tak" Hehe :P Kalau tak dapat HLP cuba lagi tahun depan. Kemasukan universiti boleh tangguh ke tahun berikutnya.
BalasPadamklw tangguh offer tu, maksimum berapa kali? TQ.
PadamKalau tolak tangguh offer tu, berapa kali boleh? TQ. (boleh reply di emmyLiana@gmail.com) Sgt2x memerlukan bantuan..terima kasih Ju.
PadamSaya pernah tangguh offer dari universiti sekali sahaja terpulang kepada pihak universiti tersebut
Padamadakah kita perlu ambil exam ni jika kita mahu sambung belajar selain drpd negara yg akak sebut di atas ?
BalasPadamTak kira negara mana pun, bergantung kepada requirement yang ditetapkan oleh program & universiti yg ingin kita pohon so kena check website universiti utk dapatkan maklumat terkini seperti kelayakan minima utk memohon etc.
BalasPadamDimana sy boleh dptkn buku IELTS di atas? Terima kasih.. boleh reply di emel soyplus_404@yahoo.com
BalasPadamSaya beli di British Council Malaysia
BalasPadamTerima kasih banyak2 diatas perkongsian:) kalau nak jual buku tu bagitau ye..hehe
BalasPadamDah lupa kasi pinjam buku-buku tu kat saper sampai sekarang tak pulangkan balik huhu..
BalasPadamSalam. Terima kasih juliana for sharing this information. saya plan nak sambung study this year(my target to further study abroad ..berkobar2 baca orang study ni hehe ) but due to time constraint and workload macam tak dan nak submit proposal hlp huhu..insya allah will try again next year.
BalasPadam-Jun-
Wsalam.. You're welcome & All the best to you Jun :D
BalasPadam