Ahad, 20 Februari 2011

Ada Apa Tentang HLP

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia! (typical greeting dlm email gomen hehe..)

Terima kasih kerana melawat laman blog saya. This is my first attempt at blogging hehe.. so masih dalam proses pembelajaran untuk mahirkan diri. And also do mind my language -> maaf bahasa agak tunggang langgang sebab saya menulis campur aduk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. But i'm sure many of us Malaysians tend to speak that way kan :-D Apa yang lebih penting adalah mesej kita sampai dan ikhlas menulis apa yang datang dari hati kan ;-)

Anyway, this page is dedicated to share my journey with you guys on my experience in applying for Hadiah Latihan Persekutuan JPA 2011. Semestinya apa yg kita nak tulis tu tentulah something that we are passionate about. Sejak saya mula menyertai perkhidmatan kerajaan pada bulan Disember tahun 2005, saya sudah pun bertekad untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan JPA ni. Tapi itu bukan la tujuan kenapa nak masuk gomen. Cuma peluang yang ada tu kita cuba la ambil kan.

Daripada pengalaman saya membuat permohonan untuk meneruskan pengajian dengan pembiayaan HLP ni, ada la sedikit persiapan yang perlu kita buat seperti penyediaan proposal, mengambil ujian IELTS (bagi yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negeri), membuat pemilihan universiti dan sebagainya. I feel i have lots to share but i'm not quite sure where to start. Need to organize my thoughts tapi tak kesah la. Ada pelbagai aspek yang boleh dikongsikan bersama seperti syarat-syarat permohonan, persediaan sebelum memohon, menghadapi temuduga etc.

Currently I am still working with the government. InsyaAllah jika tiada aral melintang, saya akan melanjutkan pelajaran pada bulan September 2011. Apa yang ingin saya kongsikan di sini merupakan pengalaman saya dari mula membuat permohonan, menghadapi temuduga dan juga kalau boleh berterusan hingga saya telah menamatkan pelajaran. I feel there are not enough resources on-line. So i hope to share with you whatever necessary to fulfill our dreams of continuing our studies.

Which comes to my next point. So how did you guys stumble upon my blog? I'm sure most of you are civil servants too looking for some guide or just by chance happen to find my page hehe.. Whatever the reason, i hope you can share with me your experiences too (networking tu penting k) or if there are any questions I shall try my best to answer them.

Thank you and I look forward to your response and suggestions/recommendations.

Peace,

Juliana

~Cyberjaya~

21 ulasan:

  1. Salam Juliana..
    Tahniah sbb berjaya mendapat tawaran HLP
    Saya pula baru nak cuba untuk tahun ni
    Tengah cari maklumat bagaimana nak buat proposal
    Saya hargai kalau u sudi kongsi idea :)


    SITI

    BalasPadam
  2. Wsalam ctsal...

    Thank u :-) sorry for late reply.. out of town bebaru nih.. Nak apply HLP JPA ea... Akan dibuka pada 25hb April ini.. Cuba jgn tak cuba.. belum cuba belum tahu kan... skang sure tgh blur nak buat topic ape etc. Saya pun mcm tu gak dulu...
    Sebenarnya tak perlu tulis panjang2 pun. Ikut je format yg saya lampirkan bagi tahun lepas punya. Masih boleh dijadikan panduan unless JPA keluarkan syarat/format baru la. Saya amik bidang IT. Sal cadang nak buat bidang apa? Penting tu kena nyatakan dalam proposal.
    I assume sal nak buat master la kan. Kalau by research standard la kena research methodology, literature review etc. Klu cadang nak amik coursework lebih ringkas sebab cuma perlu nyatakan universiti mana, subjek terlibat, study plan etc.
    Melihat daripada kawan2 yg berjaya dapat HLP ni, sebenarnya there are no hard & fast rules utk menentukan proposal yg bagaimana yg boleh confirmkan kita dapat HLP. Ada yg nyatakan study plan shj secara ringkas, ada yg tulis proposal yg panjang. Saya sendiri combine je dua2 format dan abaikan mana2 yg rasa tak perlu. Terpulang la.
    At the end of the day atas usaha & tawakal serta rezeki masing2 la kan ;-) Klu ada apa2 lagi yg musykil bley je tanya lagi klu saya dapat membantu. Thanks for your comments!

    BalasPadam
  3. come across your blog.. congratulation.. during my time no such info like this.. keep up good work.

    Ex-HLP 2008 @Japan
    mydanishaiman@gmail.com

    BalasPadam
  4. MyDanisH: Thank you :D if you have any thoughts or anything to add feel free to share with us ya!

    BalasPadam
  5. anybody interested to know about privileges & allowances?

    BalasPadam
  6. Rasanya tu antara persoalan yang paling orang nak tahu... MyDanisH lagi expert kan sebab dah melalui semuanya. Saya pun nak tau gak ;-) selain daripada elaun2 yg bakal diterima sewaktu belajar nanti (buku, yuran, tesis etc), elaun memangku & COLA tak dapat. U olls dulu mcm mana? Dapat tak Imbuhan Tetap Kakitangan, Keraian & Perumahan?

    BalasPadam
  7. Hi Jue & others

    Based on my experience in 2007-2009

    Emolumen yang dapat (di Malaysia):
    1) Gaji Pokok(kalau tengah memangku akan kembali ke gred hakiki)
    2) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (Gred 41)/ Imbuhan Tetap Keraian (Gred 44 ke atas)
    3) Bantuan Sewa Rumah (tak dapat sekiranya memilih Elaun Bantuan Sewa Rumah Luar Negara - hanya bagi pegawai bekeluarga)
    COLA tak dapat sebab kita kat luar negara

    Elaun CBBP Luar Negara
    1) Elaun Sara Hidup (bulanan)
    2) Elaun Buku (Setahun)
    3) Elaun Alat Perkakas (Setahun)
    4) Elaun Thesis (Sekali Sepanjang Kursus)
    5) Elaun Latihan Amali (daily if applicable)
    6) Elaun Pakaian Panas (Pegawai - RM1500, spouse - RM1000, anak (3 orang) - RM500 seorang)
    7) Elaun Penempatan (sekali)
    8) Elaun Akhir Pengajian (Sekali = 1 bulan ESH)
    9) Elaun Bantuan Sewa Rumah (untuk pegawai yg membawa keluarga sahaja)
    a) Pegawai & Pasangan - 20% dari ESH
    b) Pegawai, Pasangan dan 1 atau 2 anak - 30% dari ESH
    c) Pegawai, Pasangan dan 3 anak atau lebih - 40% dari ESH
    d) Pegawai dan 1 anak - 20% dari ESH
    e) Pegawai dan 2 anak atau lebih - 30% dari ESH
    10) Elaun Bantuan Keluarga (untuk pegawai yg membawa keluarga sahaja)
    a) Pegawai & Pasangan - 30% dari ESH
    b) Pegawai, Pasangan dan 1 anak - 30% dari ESH
    c) Pegawai, Pasangan dan 2 anak atau lebih - 40% dari ESH
    d) Pegawai dan anak (tanpa had) - 30% dari ESH

    Sebelum berlepas ke luar negara JPA akan bayar Elaun Penempatan, ESH (3 bulan) dan elaun pakaian panas dalam RM. So duit dalam RM ni pandai-pandai la kita guna sama ada nak buat beli kelengkapan, nak tukar ke foreign currency or nak masuk ASB. Anyway duit ni yang akan kita bawa ke Negara yang nak pergi tu. Later on dah sampai di sana dan dah settle down baru JPA bayar elaun-elaun lain yang layak terus ke akaun bank di negara berkenaan.

    Additional info:
    Yuran Pengajian: JPA bayar terus kepada University
    Yuran Hostel/Penginapan: yang ni kena setel sendiri. Guna duit elaun yang dapat tu la.
    Tiket Penerbangan: JPA bayar untuk pegawai, spouse dan maksima 3 orang anak berumur 13 tahun ke bawah. Emmm tiket penerbangan ni Economy Full Fare (Y Class) so boleh request upgrade ke Business Class while check in or maybe one day earlier.. hehehehhehe


    Jue.. you may copy this info to new entry as your follower may not realize this comment. If they have question then I can try to answer..

    My suggestion as well you may post new entry based on Surat Pekeliling Perkhidmatan 4/2009. Some people not aware on this especially item 5.1 (n)

    Good luck.

    BalasPadam
  8. MyDanisH: Thank you very much :D Saya dah paste ke entri "Elaun dan Kemudahan HLP 2011" (May 2011)

    BalasPadam
  9. Mudah-mudahan tuhan merahmati usaha dan keikhlasan Jue...Tq Jue & others

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama: Amin.. thank u for your feedback.. InsyaAllah.. wish me luck too.. perjalanan masih jauh lagi :D

    BalasPadam
  11. Ms. Juliana. Thanks a lot for sharing all the valuable information regarding the scholarship. I am planning to further my studies in Australia. So, I would like to ask for your advice. What should I do in order to make sure I'm able to do my Master in Australia? What are the preparations that I need to do? Can I sit for the IELTS first and obtain the offer letter from the university first before I attend the interview? I'm looking forward to your reply. Thanks. You could email me at mercury83us@yahoo.com. Thanks.

    BalasPadam
  12. Hi Marcus! Thanx :D I'm no expert coz i can only share my experience so far. Though i would suggest you check out the IDP site http://www.malaysia.idp.com/ there's all about studying in Australia. You should also check with JPA (Bahagian Modal Insan) for the latest list of universities recommended/accepted. As a guide you can refer to my post "Senarai Universiti" (Mac 2011) for the recommended list of universities.
    And yes you may sit for the IELTS paper and apply for the universities beforehand. That's exactly what i did. I brought the IELTS result and offer letter from the university for the interview. Do take note though the IELTS is only valid for 2 years and results are out after 13 days.
    I suppose what you can do is from time to time check out from JPA website for the next offer early next year, plan when to take the IELTS paper, search for the universities you like (no harm in applying for more than one right) and start thinking about writing your proposal :D Good luck!

    BalasPadam
  13. Hi Juliana. Thanks for your reply. It's very useful to me. I'm applying for the scholarship now. It was offered a few weeks ago. Is just that I'm having difficult time deciding the universities. I just enrolled for the IELTS class. Going to sit for the exam dis Oct. Juliana, I have question to ask if u don't mind, If not mistaken, if we apply for the enrolment into a university, we have to pay the processing fee first (I checked the University of Sydney, the fee is AUD 100). So, is it possible for us to claim the money back after we obtained the scholarship?

    BalasPadam
  14. Your welcome.. Err I hope you don't mind me asking which ministry offering this HLP? I thought JPA's one is closed already for this year? I know departments like Ministry of Higher Education also offer HLP right.. For HLP JPA, when we obtain the scholarship we can claim up to 3 applications. I did not claim because my course does not require processing fees. But then again to be sure it's best to check the current terms and conditions as it may be different year to year. All the best for your IELTS ya!

    BalasPadam
  15. Hi..Ju..nice to read your blog..I'll be sitting for TOEFL..but applying to UK..hope can get in touch..different scholarship from yours..I'm under university fellowship..

    Amalina..

    BalasPadam
  16. Hi Amalina.. thanx! Sure2 nice to expand my network of friends.. R u pursuing PhD?

    BalasPadam
  17. Yup..sebenarnya I dh ambil IELTS last 2009 tapi sebab disebabkan masa yang tak mengizinkan (agak busy)tak sempat nak apply pun untuk sambung belajar..tup2 sedar2 IELTS dh expired..dh lepas 2tahun..sayang jer rasanya. Tapi sebab nak further study kena balik ambil exam..I'm under UPSI fellowship..Insya-Allah akan further Phd next year..exam baru nak ambil tapi kali ni ambil toefl plak sebab UK pun accept toelf jg..kena studi jgla untuk toefl ni.

    BalasPadam
  18. Ju..nak tanya..Ju apply UK Universities through online ker through agents?Tak silap Ju dh dpt offer kan..lama tak process diorg nak accept application ju??

    Amalina

    BalasPadam
  19. Hi Amalina.. takpe amik pengalaman sit for exam.. UPSI fellowship punya elaun dapat byk tak :P
    Saya tak pakai agent - apply uni secara online melalui website universiti. Alhamdulilah dah dapat.. Derang process tak lama.. bisnes ma...

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum Juliana.

    Saya nak tanya plak untuk kemudahan HLP dalam negara? saya dalam proses memohon HLP 2013. saya sekarang dah mula pengajian dgn CBBP. tq

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum kak Juliana

    Saya nak tanya jika saya telah guna HLPSeparaBiasiswa sebelum ini, adakah saya layak untuk HLP (Penuh)pula nanti? Sebab ada orang kata HLP ni boleh dapat sekali je sepanjang perkhidmatan.

    Aini

    BalasPadam