Saya ada menerima pertanyaan mengenai study plan & sama ada perlu atau tidak dinyatakan nama universiti pada tajuk proposal kita. Contoh yang saya kemukakan (April 2011 "Contoh/Template Proposal Hadiah Latihan Persekutuan aka HLP") adalah sekadar cadangan sahaja sebab saya tgk ramai yang hantar dlm pelbagai format ikut citarasa masing-masing. Dah start kelas nanti kita sama-sama belajar k ;-)
Pada hemat saya lebih baik dinyatakan walaupun kita belum memohon universiti tersebut. Kita boleh nyatakan secara spesifik kursus yg ditawarkan oleh universiti tersebut. Eg. Sesetengah universiti tawarkan Msc Bioinformatics dan universiti lain mungkin MSc Bioinformatics & System Biology. So dah boleh recce la agak2 nak mohon ke mana.
Dalam pelan pengajian boleh nyatakan tempoh pengajian, subjek apa yang ditawarkan, pilihan subjek (compulsory & optional), kalendar akademik (termasuk semester break, exam etc), supervisor (kalau dah ada utk buat research), kos etc. Terima kasih kepada Alia dari Serdang utk soalan tersebut :-)
Sukacita ingin saya kongsikan disini beberapa perkara mengenai tawaran sementara yang diberikan setelah berjaya di dalam temuduga kerana ada kaitan dengan perancangan sebelum mengemukakan permohonan tuan/puan.
Dalam surat tawaran sementara akan dinyatakan bidang serta pengkhususan & ada juga sesetengah kursus tu dinyatakan universiti yg khusus e.g Master of Engineering Technology di UNIKL sebab mungkin uni itu sahaja atau yang terbaik yang menawarkan bidang Green Building Technology etc. Kalau mahu bertukar masih boleh cuba memohon utk bertukar universiti tapi kena justify kenapa. Kalau tak silap cuma bidang yang ditetapkan yang tak boleh tukar.
Antara syarat tawaran termasuklah:-
· Mendapat tempat pengajian yang ditetapkan penaja
· Hadir & lulus Kursus Analisis Kuantitatif (QA) anjuran INTAN
· Lulus skor minimum TOEFL atau IELTS untuk pegawai yang ditawarkan ke luar Negara (pegawai yg tidak mematuhi syarat ini secara automatik akan ditaja ke dalam negara)
· Lulus Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara (utk tajaan luar negara)
Setiap syarat diatas ada dinyatakan tempoh laksana/selesai. Tuan/puan masih ada banyak masa untuk memilih & memohon kemasukan ke universiti setelah berjaya ditawarkan. Kalau baca syarat yang ketiga mengenai kemahiran Bahasa Inggeris, kita masih diberi peluang utk kemukakan keputusan ujian Bahasa Inggeris tersebut selepas temuduga dan sebelum tarikh yang ditetapkan. Maka sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara masih boleh mencuba memohon walaupun tak sempat membawa keputusan Bahasa Inggeris tersebut pada hari temuduga. Tapi ini syarat tahun lepas. Saya sarankan tuan/puan double check dengan Bahagian Modal Insan JPA untuk kepastian.
Seperkara lagi tentang ujian Bahasa Inggeris tu, kalau IELTS biasanya tempoh sah laku sehingga 2 tahun sahaja. So just in-case mohon HLP utk tahun ni tak berjaya (takde niat utk turunkan semangat anda), keputusan Bahasa Inggeris tersebut masih boleh digunakan utk permohonan tahun berikutnya. Tapi perlu ingat: bagi permohonan ke UK, universiti akan mengeluarkan surat CAS untuk tujuan permohonan visa. Surat tersebut paling awal akan dikeluarkan 3 bulan sebelum kursus bermula dan keputusan IELTS yang belum tamat tempoh sah laku tadi antara dokumen yang diperlukan nanti. Jika tuan-puan berjaya mendapat HLP pada tahun ini maka tiada masalah. Tapi jika guna keputusan itu utk permohonan tahun berikutnya, implikasi yang mungkin timbul adalah result tersebut telah expire utk permohonan visa. Sama ada perlu mengulang semula atau tidak saya kurang pasti. We shall discuss more about this once i go thru the visa application process k ;-)
Pada ketika ini saya baru selesai memohon visa & alhamdulilah dah dapat.. antara dokumen sokongan yg diperlukan bergantung kepada universiti yg keluarkan nombor CAS tersebut. Bagi contoh kawan saya yg keputusan IELTSnya telah expire, takde masalah utk mohon visa sebab dlm emel/surat dari universiti tidak nyatakan keperluan utk kemukakan result IELTS dlm permohonan visa tersebut.
BalasPadam