Rabu, 18 Mei 2011

Elaun & Kemudahan HLP 2011


Pada mulanya saya belum piker nak cerita pasal elaun ni sebab pada masa entri ni dibuat, saya pun belum dapat elaun2 ni lagi. Tapi tak kesah la. Ramai di antara u olls yang last2 minit ni sedang bertungkus-lumus nak siapkan proposal kan. Ada yg bgtau mcm give up nak apply sebab dah kesuntukan masa nak karang. Maka dengan itu, utk menaikkan semangat u olls supaya jangan putus asa, di sini saya senaraikan antara elaun yang terlibat. Ini bagi penerima HLP 2011. Mungkin tak sama bagi ex-HLP dahulu & akan datang. Barangkali MyDanisH boleh tambah ;-)

Bagi penerima tawaran luar & dalam negara memang berbeza la. Yang di luar negara ada elaun tambahan. Saya tak dapat nyatakan berapa amaunnya sebab berbeza mengikut negara. Di sini saya senaraikan secara ringkas sebagai panduan. Pekeliling yang berkenaan akan disertakan juga tapi kena semak dengan laman web JPA selalu jika ada yang lebih terkini @ dimansuhkan. Klu ada tambahan info saya akan update lagi dari masa ke semasa k

·       elaun sara hidup
·       yuran pengajian
·       elaun buku
·       elaun tesis
·       elaun alat perkakas
·       elaun latihan amali
·       elaun bantuan keluarga (EBK)
·       elaun bantuan sewa rumah (EBSR)
·       elaun penempatan
·       elaun akhir pengajian
·       elaun pakaian panas
·       tambang perjalanan
·       rawatan perubatan
·       skim insurans berkelompok

Kemudahan lain yang ditaja

·       bayaran permohonan ke universiti (maksimum 3 universiti)
·       bayaran paspot, visa & resident permit

Perbelanjaan yang tidak ditaja
·       bayaran penterjemahan dokumen
·       pengesahan dokumen
·       pemeriksaan kesihatan
·       bayaran pendaftaran IELTS/TOEFL/GRE/GMAT

Gaji & Emolumen (sila refer Pekeliling yg berkenaan utk lihat siapa yang terlibat)
·       menerima gaji penuh
·       Elaun Pemangkuan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2009)
·       Bantuan Sara Hidup [COLA] (Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2007)
·       Elaun Perumahan Wilayah (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001)
·       Bayaran Insentif Wilayah (BIW)
·       Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2007)
·       Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal bagi Pegawai yang Bertukar Wilayah (Pekeliling Perkhidmatan Bil.22 Tahun 2008)
·       pergerakan gaji (Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002)

Ingin saya tekankan di sini jika ada soklan berkenaan elaun2 ni better rujuk kepada pegawai yang berkenaan di JPA ye.. (bgtau siang-siang huhu..) Alternatively you can search at this link too http://www.eghrmis.gov.my/elaun_kemudahan/

17 ulasan:

  1. Thank you very much to MyDanisH for great input. Di sini saya kongsikan untuk makluman semua :D

    "Hi Jue & others

    Based on my experience in 2007-2009

    Emolumen yang dapat (di Malaysia):
    1) Gaji Pokok(kalau tengah memangku akan kembali ke gred hakiki)
    2) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (Gred 41)/ Imbuhan Tetap Keraian (Gred 44 ke atas)
    3) Bantuan Sewa Rumah (tak dapat sekiranya memilih Elaun Bantuan Sewa Rumah Luar Negara - hanya bagi pegawai bekeluarga)
    COLA tak dapat sebab kita kat luar negara

    Elaun CBBP Luar Negara
    1) Elaun Sara Hidup (bulanan)
    2) Elaun Buku (Setahun)
    3) Elaun Alat Perkakas (Setahun)
    4) Elaun Thesis (Sekali Sepanjang Kursus)
    5) Elaun Latihan Amali (daily if applicable)
    6) Elaun Pakaian Panas (Pegawai - RM1500, spouse - RM1000, anak (3 orang) - RM500 seorang)
    7) Elaun Penempatan (sekali)
    8) Elaun Akhir Pengajian (Sekali = 1 bulan ESH)
    9) Elaun Bantuan Sewa Rumah (untuk pegawai yg membawa keluarga sahaja)
    a) Pegawai & Pasangan - 20% dari ESH
    b) Pegawai, Pasangan dan 1 atau 2 anak - 30% dari ESH
    c) Pegawai, Pasangan dan 3 anak atau lebih - 40% dari ESH
    d) Pegawai dan 1 anak - 20% dari ESH
    e) Pegawai dan 2 anak atau lebih - 30% dari ESH
    10) Elaun Bantuan Keluarga (untuk pegawai yg membawa keluarga sahaja)
    a) Pegawai & Pasangan - 30% dari ESH
    b) Pegawai, Pasangan dan 1 anak - 30% dari ESH
    c) Pegawai, Pasangan dan 2 anak atau lebih - 40% dari ESH
    d) Pegawai dan anak (tanpa had) - 30% dari ESH

    Sebelum berlepas ke luar negara JPA akan bayar Elaun Penempatan, ESH (3 bulan) dan elaun pakaian panas dalam RM. So duit dalam RM ni pandai-pandai la kita guna sama ada nak buat beli kelengkapan, nak tukar ke foreign currency or nak masuk ASB. Anyway duit ni yang akan kita bawa ke Negara yang nak pergi tu. Later on dah sampai di sana dan dah settle down baru JPA bayar elaun-elaun lain yang layak terus ke akaun bank di negara berkenaan.

    Additional info:
    Yuran Pengajian: JPA bayar terus kepada University
    Yuran Hostel/Penginapan: yang ni kena setel sendiri. Guna duit elaun yang dapat tu la.
    Tiket Penerbangan: JPA bayar untuk pegawai, spouse dan maksima 3 orang anak berumur 13 tahun ke bawah. Emmm tiket penerbangan ni Economy Full Fare (Y Class) so boleh request upgrade ke Business Class while check in or maybe one day earlier.. hehehehhehe


    Jue.. you may copy this info to new entry as your follower may not realize this comment. If they have question then I can try to answer..

    My suggestion as well you may post new entry based on Surat Pekeliling Perkhidmatan 4/2009. Some people not aware on this especially item 5.1 (n)

    Good luck."

    BalasPadam
  2. menarik sgt2 info ni.. thanks everyone yg berkongsi idea...

    BalasPadam
  3. juliana...lusa saya dah dipanggil interview for HLP under AG...apa tips nye? kalu leh share?

    BalasPadam
  4. Hanim: AG ada peruntukan HLP sendiri ye.. takde pula info pasal HLP AG.. tapi klu nak rujuk 1-2 soalan yg pernah disoal utk HLP JPA boleh lihat di entri saya (Soalan Temuduga - Jun). Gud luck!

    BalasPadam
  5. salam, mohon bantuan...saya dpt HLP ke luar negara; australia. saya ada terbaca ttg elaun penginapan untuk CBBP dengan HLP dari lampiran yg saya dapat dari Bhgn Pengurusan Latihan. dalam tu takde pulak mention macam mana frekuensi pengagihannya...sebulan sekali ke/sethun sekali.Ke dia sama macam elaun sara hidup+sewa rumah?.sbb jumelahnye agak besar jugakla,dalam $920..memandangkan cost of living pon sgt tinggi,lepas congak2 mmg tak lepas la jugak nak survive dgn family kat sana....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello Diana, I telah dapay HLP ke luar negara tahun ini.. juga ke AUs and saya juga akan bawa family.. boleh saya dapatkan email diana.. nak tanya beberapa benda.. tq.. LEE

      Padam
  6. wsalam..
    Dia akan bagi setiap 3 bulan.. insyaAllah cukup kot..

    BalasPadam
  7. As-Salam,
    Saya nak tanya adakah terdapat elaun pengangkutan barang2 balik ke Malaysia di bawah HLP. Terima kasih

    BalasPadam
  8. Waalaikumsalam..

    Untuk tujuan tersebut dah termasuk dalam Elaun Akhir Pengajian yang dibayar sekali sebelum tamat pengajian. Elaun ni boleh digunakan untuk bayaran tambang dari rumah ke lapangan terbang di negara berkenaan dan dari KLIA ke tempat kediaman,cukai lapangan terbang,upah mengangkut barang2 & perbelanjaan membawa barang2 lebihan.

    BalasPadam
  9. Aslm,

    Merujuk post di atas, bayaran visa boleh dituntut. Boleh bagi pekeliling mana yang sokong tuntutan ini, tak?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  10. http://www.jpa.gov.my/pekeliling/spp07/bil05/spp0507.pdf

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama: Good question. thanx :)
    MyDanish: tqvm! boleh la saya compile dlm senarai pekeliling yg berkaitan :D

    BalasPadam
  12. bila agak2 nak kuar result untuk 2012...?

    BalasPadam
  13. Info sape berada di australia saya dpt temuduga HLP kpm phd penyelidikan penilaian

    BalasPadam