Khamis, 5 Mei 2011

Soalan Lazim HLP 2012

Soalan-soalan lazim berkaitan dengan tawaran
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2012

Skim Perkhidmatan
1. Adakah pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan layak memohon?
Pelawaan ini tidak meliputi Kementerian/Jabatan/Agensi yang mempunyai peruntukan untuk mengendalikan kursus Pasca Ijazah atau agensi yang mempunyai badan penaja yang lain. Antara Kementerian/Jabatan/Agensi yang dimaksudkan ialah Kementerian Pelajaran Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan), Kementerian Pertahanan Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia), Kementerian Kesihatan Malaysia (bagi Pegawai Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (bagi Pensyarah Universiti dan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi) dan Agensi/Badan Berkanun yang telah diswastakan /dikorporatkan/ diasingkan sistem saraannya. Hanya pegawai gunasama sahaja yang layak memohon.

2. Adakah pegawai dari Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun Negeri/ Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)/ Agensi / SUK Negeri layak memohon?
Pelawaan ini tidak meliputi Kementerian/Jabatan/Agensi yang mempunyai peruntukan untuk mengendalikan kursus Pasca Ijazah atau agensi yang mempunyai badan penaja yang lain. Hanya pegawai gunasama sahaja yang layak memohon.

3. Saya amat berminat untuk memohon, namun saya berkhidmat dalam Kumpulan Sokongan.
Pencalonan adalah dipelawa bagi pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang layak daripada Kementerian/Jabatan/Agensi untuk mengikuti kursus pengajian pasca ijazah di peringkat Sarjana dan Kedoktorn (Ph.D) bagi sesi akademik 2011.

4. Adakah program HLP ini terbuka bagi mereka yang bukan kakitangan kerajaan?
Kemudahan ini hanya diperuntukkan bagi pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional sebagai satu bentuk latihan pembangunan kompetensi bagi dimanfaatkan untuk kepentingan perkhidmatan.

5. Apakah dimaksudkan dengan Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama?
Perkhidmatan Gunasama bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Skim Perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya KPPA ialah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, Pegawai Latihan Vokasional, Pegawai Teknologi Maklumat dan Pegawai Psikologi. Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama bermaksud perkhidmatan selain daripada perkhidmatan Gunasama.

Tempoh Perkhidmatan
6. Antara syarat untuk memohon adalah sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama 3 tahun pada tarikh tutup permohonan. Bolehkah tarikh lantikan dikira daripada jawatan/gred/skim lain sebelum jawatan sekarang?
 Syarat 3 tahun berkhidmat tidak termasuk jawatan/gred/skim perkhidmatan terdahulu termasuk jawatan kontrak. Selain itu, tempoh perkhidmatan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional sahaja yang akan diambilkira.

7. Saya adalah pegawai Hal Ehwal Islam yang ditempatkan secara (kader post/ pinjaman) di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sekiranya saya ingin memohon melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana, adakah melalui Ketua Jabatan sekarang atau Ketua Jabatan asal iaitu (JAKIM)?
Permohonan oleh pegawai kader perlu melalui Jabatan Induk/Asal. Walau bagaimanapun, calon masih memerlukan perakuan Ketua Jabatan.

Tempat/ Bidang Pengajian
8. Bolehkah memohon tempat pengajian di Universiti selepas mendapat tawaran HLP?
Boleh. Calon-calon masih boleh mendapatkan tempat pengajian semasa dalam tempoh sah tawaran sementara.

9. Saya telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana di sebuah Universiti di luar negara. Tawaran ini terpaksa ditangguhkan kerana masalah biasiswa. Saya sedang berurusan untuk diberi tawaran yang baru bagi kemasukan yang akan datang. Sementara menunggu tawaran yang baru, bolehkah saya menggunakan surat tawaran diatas untuk dikemukakan bersama permohonan HLP?
Boleh.

10. Sekiranya telah ditawarkan HLP, bolehkah bidang pengajian ditukar?
Tidak.

Kelulusan Bahasa Inggeris
11. Adakah calon wajib lulus terlebih dahulu TOEFL atau IELTS sebelum memohon HLP ?
Ya. Calon hendaklah lulus ujian Bahasa Inggeris skor minimum samaada TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau IELTS 6.5 semasa mengemukakan permohonan. Walau bagaimanapun, bagi calon-calon yang masih belum memperolehi keputusan, boleh mengemukakan semasa menghadiri temuduga.

12. Adakah ujian TOEFL dan IELTS perlu dipohon sendiri oleh pemohon? Dimana?
 Ya. Pemohon boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada MACEE (Malaysian American Commission on Educational Exchange) atau BRITISH COUNCIL. Semua kos yang terlibat adalah dibawah tanggungan calon sendiri.
http://www.macee.org.my
http://britishcouncil.org/malaysia

Kemudahan
13. Apakah kemudahan dan elaun-elaun yang disediakan melalui HLP ini?
 Kadar biasiswa akan dimaklumkan di dalam surat tawaran kepada calon yang berjaya.

Tempoh Penajaan
14. Berapakah tempoh penajaan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana?
 Ianya bergantung kepada bidang dan tempat pengajian.

Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan
15. Adakah terdapat sebarang ikatan kontrak sekiranya berjaya ditawarkan HLP?
 Ya. Tempoh ikatan kontrak tertakluk kepada terma perjanjian yang akan ditandatangani.

16. Apakah kesan sekiranya saya menolak tawaran sementara HLP?
 Sekiranya tuan/puan menarik diri atau menolak tawaran selepas tempoh yang dibenarkan, tindakan/penalti berikut akan dikenakan :-
Bil
Tarikh tarik diri/ tolak tawaran

Tindakan/ Penalti
1.
Mulai surat tawaran sementara sehingga 14 hari sebelum sesi QA (Quantitative Analysis) pertama bermula.
Tiada Penalti
2.
Dalam tempoh 14 hari sebelum sesi QA (Quantitative Analysis) pertama bermula sehingga tarikh sah surat tawaran sementara tamat.
Disenaraihitam untuk 3 kali penawaran HLP.
3.
Setelah memulakan pengajian
Penguatkuasaan terma perjanjian sepenuhnya.

Dokumen/Tatacara Permohonan
17. Adakah borang sokongan Ketua Jabatan (Borang JPA(L)LDP 1A/96) perlu dihantar secara hardcopy ke JPA?
Ya. Perlu dihantar secara hardcopy.

18. Adakah perlu menghantar dokumen permohonan secara pos atau cukup dengan mengisi borang secara online?
 Semua dokumen permohonan perlu juga dihantar melalui pos untuk tujuan pengesahan dan sebagai dokumen sokongan. 4

19. Selain daripada Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal), apakah dokumen lain yang diperlu dihantar?
 Dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut :-
(i) Salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/CGPA atau kelulusan yang setaraf dengannya;
(ii) Salinan Ijazah Sarjana lengkap dengan transkrip atau perincian peratusan markah/CGPA atau kelulusan yang setaraf dengannya (sekiranya ada);
(iii) Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkeluarga);
(iv) Salinan Slip keputusan TOEFL atau IELTS (bagi permohonan pengajian di Luar Negara);dan
(v) Salinan Surat Akuan Doktor oleh Pegawai Perubatan & Kesihatan berdaftar sekiranya pegawai atau ahli keluarga menghidap penyakit kronik.

20. Siapakah pihak yang bertindak sebagai Panel Pembangunan Sumber Manusia?
 Sila rujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing.

Lain-lain
21. Bila kursus khas kenegaraan anjuran Biro Tatanegara diadakan?
 Calon akan mengikuti Kursus Khas Kenegaraan setelah berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan.


source: www.jpa.gov.my

1 ulasan:

  1. Cik Juliana,

    Saya tersangkut pada segmen terakhir permohonan saya iaitu untuk muatnaik salinan dokumen sokongan saya. Saya telah scan dokumen sokongan saya dalam bentuk pdf seperti mana yang dikehendaki. Tetapi, bila saya muatnaik, dinyatakan pula bahawa "saiz dan file tidak sah". Jadi, saya ingin bertanya sama ada cik ada mengalami masalah seperti saya? Jika ada, apakah penyelesaiannya?

    BalasPadam